5:IDEA+GILA?!


5: IDEA+GILA?!


“Tidak! Tidak! Dan Tidak!” ujur Ashraf dengan tekadnya yang langsung tidak bersetuju dengan idea bodoh dan gila Zafrul itu.

“Kau takut?” tanya Zafrul sedikit menyindir.

“Takut? Aku tak pernah takut dengan hidup ni tau tapi idea kau tu memang tak boleh pakai. Dan lagi, aku hanya anti dengan perempuan dan ini tak bermakna aku perosak kaum perempuan!” tambahnya lagi.

“Ini bukannya nak merosakkan kaum perempuanlah,” kata Zafrul lagi. “Ini cuma satu cabaran supaya kau mendalami mereka dan selepas itu barulah kami lega sebab kau bukannya gay!”
“Tentulah aku bukan gay!” kata Ashraf sedikit melenting.

“Habis tu kenapa kau tak mahu terima cabaran aku ni?”

“Sebab ianya tak masuk akal! Kau suruh aku pikat perempuan?! Kau ingat aku ni terdesak sangat ke nak berkenalan dengan perempuan? Hey, dengan muka aku yang macho ni, aku boleh pikat 10 orang perempuan dalam satu masa!” katanya dengan lagaknya.

“Hey, kau ingat dengan muka macho, awek-awek boleh lentuk ke? Sekarang pakai mentera kasihlah. Perempuan pun tahu, lelaki macho semua tak boleh pakai. Sekarang ni pakai ayat je. Kalau kau macho macam Leonardo Dicaprio sekalipun tapi tak pandai guna jampi serapah tak guna juga,” balas Nazrul pula.

“Aku tahu tapi bukankah aku dah kata aku tak suka libatkan diri aku dengan mana-mana perempuan,” kata Ashraf lagi.

“Oh, kalau macam tu barulah aku faham,” ujur Nazrul sambil mengangguk.
“Faham apa?”

“Kau sebenarnya fobia dengan perempuan,” ujur Nazrul dengan selamba. Sengaja hendak mengapi-apikan Ashraf supaya menerima cabaran mereka.

“Lantaklah apa korang nak kata asalkan aku tak mahu…,” kata-katanya terhenti apabila terpandang keluar kelas. Nazrul dan Zafrul berpaling memandang seorang pelajar lelaki yang berkaca mata bulat yang tebal terjenguk-jenguk ke dalam kelas mereka. Kemudian dia memandang Ashraf yang kelihatan tidak mampu hendak menelan air liur sedikit pun. Macam sesak nafas pun ada tapi apa yang pasti, keadaan Ashraf memang melucukan.

“Hey, Haris masuklah,” jerit Nazrul sengaja.

“Yelah, lepak-lepak dengan kami atau kau datang sini sebab nak jumpa buah hati kau?” tanya Zafrul pula. Serentak dengan itu, Ashraf menendang kaki Zafrul sedikit. Ashraf sudah membuat muka memberi isyarat kepadanya.

Dengan sopan santun Haris melangkah masuk menghampiri mereka. Lagaknya… huh, err… bukan macam Mak Yah tau. Haris ni seratus peratus lelaki tulen. Badannya tegap. Lagak jalannya macam gangster tak berdiploma cuma perwatakannya agak terlampau sopan dan malu-malu kucing. Kalah kucing betina kat luar tu.

“Okey,” akhirnya Ashraf berkata.

“Hah?”

“Okey, aku terima!” kata Ashraf lagi kepada kedua kawannya.

Nazrul dengan Zafrul tersengih-sengih.

1 si charming:

  1. qas berkata...:

    Wkt tgh crik2 psl prince charming , tjmpe lak blog ni.. x sgke tol ratu bulan hasil kn karya yg tbaek.! Stakat ni , jln cite dia sume sye suke.. Daebak!!^^

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages