Romeo yang Hilang: Bab 24

KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yang dijadikan gelanggang bola keranjang.Apy Elina memerhati keadaan sekeliling. Siapa sangka, kawasan kilang terbiar ini dijadikan gelanggang bola keranjang.
Belum pernah lagi dia jumpa golongan pemain jalanan seperti ini. Padanlah Adam hendak sangat dia ditemani dua orang bodyguard. Masuk sahaja ke kawasan ini, meremang bulu romanya.
Dari dalam kereta, dia melihat sekumpulan budak remaja sedang bermain bola keranjang di gelanggang dan ada juga yang menjadi tukang sorak. Malah lagi meriah daripada perlawanan biasa.
Boleh tahan juga tempat ni. Aman dan tenteram juga. Bebas dari bunyi bising. Tapi kenapa Adam kata tempat ni berbahaya?” soal Apy Elina yang hairan.
Tempat ni, kami panggil free zone.”
Free zone?”
Maknanya tempat ni tak ada mana-mana kumpulan yang pegang. Bila dah tak ada kumpulan yang pegang, jadi orang-orang yang datang sini boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Di belakang tu, ada sarang penagih dadah. Malah, aktiviti pasaran gelap pun dibuat di sini,” jawab Raymon.
Tapi, kenapa saya tengok mereka semua macam tak takut apa-apa?”
Mereka dah biasa. Lagipun kalau ada sebarang jenayah yang berlaku di sini, masing-masing tak ambil peduli. Bagi mereka, itu bukan urusan mereka.”
Budak-budak sekarang memang suka cari nahas,” keluh Apy Elina seraya membuka pintu kereta. Bila dia keluar, dua bodyguard itu pun keluar dari kereta.
Apa korang buat?” soalnya kepada mereka berdua.
Seingatnya, dia dan Adam sudah mencapai kata setuju yang mana mereka tidak boleh masuk campur dalam hal ini dan hanya boleh memerhati dari jauh. Mustahil suaminya itu terlupa beritahu mereka.
Bos bagi arahan, suruh ikut puan ke mana saja puan pergi,” ujar Yun.
Kecuali kalau puan masuk ke tandas,” tambah Raymon. Sempat lagi buat lawak.
Pak cik ni...” keluh Apy Elina berat.
Kalau macam tu boleh tak korang pura-pura tak dengar arahan tu?”
Tak boleh,” kedua-duanya jawab serentak.
Satu jelingan tajam dihadiahkan. Betul-betul nak bagi orang makan orang!
Bukan pak cik tu nampak pun. Kalau korang tak report dia pasti takkan tahu!” Apy Elina cuba meyakinkan mereka.
Raymon dan Yun berpandangan. Mereka nampak ragu-ragu hendak lepaskannya begitu sahaja. Maklumlah mereka berdua ini memang sangat setia dengan suaminya.
Memang bos tak nampak tapi kalau dia dah bagi arahan, memang cari nahaslah kami kalau ingkar arahannya,” balas Raymon takut-takut. Yun di sebelah mengangguk setuju.
Kenapa? Bos korang tu boleh bertukar jadi The Hulk ke kalau korang tak ikut arahan dia?” soalnya hairan.
Hairan dengan mereka berdua yang menggelabah semacam. Langsung tidak nampak mereka berdua ini sebagai bodyguard suaminya. Muka nampak bengis tapi penakut nombor satu.
Lebih hebat daripada The Hulk, puan!” balas Yun dengan yakin.
Macam Son Goku jadi orang Super Saiya! Dari jauh lagi kami boleh rasa aura kemarahan bos padahal bos sebatu jauhnya,” balas Raymon.
Apy Elina menggerut dahi. Pulak. Daripada The Hulk bertukar jadi Son Goku pula. Biar betul mereka berdua ini. Betul atau tidak? Walaupun dia pernah tonton kedua-dua cerita itu, tapi dia tahu bezakan realiti dan fantasi.
Mana ada orang boleh mengamuk macam The Hulk melainkan orang sakit mental. Apatah lagi jadi macam Son Goku yang boleh bertukar rambut dari hitam kepada emas dalam sekelip mata.
Korang ni terlebih tengok wayang betullah! Saya yang tengok Power Rangers setiap Ahad pun tak macam ni tau!”
Puan tengok Power Rangers yang bertarung secara harmoni. Kami tengok Son Goku letupkan gunung-ganang dengan satu jari. Jauh bezanya tu,” balas Yun.
Ah, stresnya! Kenapalah pak cik ni tak beritahu yang kedua-dua bodyguard dia ni pandai berfalsafah bahasa anime!” keluhnya. Rasa tercabar pula. Tak sangka, sebengis-bengis mereka pun layan anime. Tahu konsep Power Rangers yang bertarung secara harmoni pula tu!
Sebab tulah puan kena ikut cakap kami. Biar kami ikut puan. Puan selamat, kami pun selamat,” kata Raymon tersengih menampakkan giginya.
Saya memang tak ada pilihan bukan? Kalau saya bertukar jadi The Hulk pun korang tetap berkeras nak ikut juga, bukan?”
Masing-masing mengangguk laju dengan senyuman.
Okey! Korang boleh ikut saya tapi duduk di tepi saja. Jangan masuk campur dalam urusan saya, faham?”
Roger!” masing-masing menabik hormat.
Tanpa berlengah lagi dia segera berlalu menghampiri sekumpulan remaja yang masih lagi bersorak di tepi gelanggang. Matanya meliar memandang sekeliling. Sekumpulan remaja itu bersorak dengan penuh semangat. Dari situ, dia tahu, perlawanan yang sedang berlangsung di gelanggang sekarang bukan sekadar perlawanan tapi satu perjudian.
Dia hanya menggeleng melihat gelagat mereka. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang duduk tidak jauh dari kumpulan remaja bersorak tadi. Dia segera menghampiri orang itu.
Izwan?” sapanya.
Izwan berpaling dan tersenyum.
Apa awak buat di sini?” tanya Apy hairan.
Tidak sangka Izwan juga turut berada di situ. Yang peliknya, macam mana Izwan boleh tahu tentang hal ini? Izwan pun menyiasat tentang budak itu? Atau suaminya sendiri yang berkongsi rahsia ini dengan Izwan. Maklumlah mereka berdua memang rapat.
Saya pun tak nak ketinggalan untuk tengok kehebatan dia dengan mata sendiri,” jawab Izwan dengan memberikan tumpuan pada perlawanan yang sedang berlangsung di hadapan mereka.
Apy Elina melangkah duduk di sebelah Izwan. Dia tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut apa tujuan Izwan sebenar berada di sini. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bertanyakan hal itu. Seperti Izwan, dia juga memberikan tumpuan pada perlawanan di hadapan matanya itu.
Terdapat tiga orang yang sedang bertarung di kawasan kecil yang tidak ubah seperti gelanggang. Masing-masing bertubuh tegap dan tinggi. Ketiga-tiga mereka memberikan tentangan yang sengit. Tumpuan dia sekarang kepada lelaki berbaju putih itu. Azhan namanya.
Siapa yang mendahului sekarang?” tanya Apy Elina kepada Izwan.
Budak tu... Dia memang something.”
Dia genius. Dia boleh copy pergerakan dan teknik lawan dalam masa yang singkat. Kemudian dia akan guna teknik itu untuk kalahkan pihak lawan. Dalam seumur hidup saya, ini kali pertama saya jumpa pemain begini.”
Tapi kenapa cikgu syak dia kenal Adam?” tanya Izwan hairan. “Adam pernah jadi pemain bola keranjang, mungkin secara dia pernah tengok Adam bermain, jadi dia boleh copy teknik Adam.”
Kamu masih ingat arwah Daniel?” tanya Apy.
Izwan mengangguk.
Kalau dia boleh copy teknik Adam, mungkin saya tak hairan sangat tapi pada akhir 10 minit rakaman CCTV tu, teknik dia bertukar. Dia bukan gunakan teknik Adam tapi teknik dan pergerakan Daniel.”
Izwan kelihatan terkejut.
Walaupun Daniel sudah lama tiada tapi saya masih ingat lagi teknik dan pergerakannya,” tambahnya lagi.
Jadi… apa motifnya?”
Kita akan tahu jawapannya nanti…”
Selepas sejam kemudian, perlawanan tiga penjuru itu tamat dengan meriahnya. Para penyokong Azhan bersorak dengan gembira. Suasana di gelanggang tamat sebentar dengan suara para penyokong masing-masing. Ada beberapa orang yang kelihatan tidak puas hati tapi segera diredakan oleh rakan-rakannya.
Kalau dia jadi pemain profesional, dia boleh dapat banyak duit daripada itu,” ujar Izwan yang hanya melihat Azhan menerima duit daripada seseorang.
Itu maknanya dia masih takut dengan bayang sendiri,” jawab Apy sambil bangun dari duduknya. Dia tidak boleh tunggu lagi. Dia tidak sabar inginkan penjelasan daripada budak itu.
Izwan turut mengekori Apy Elina dari belakang. Begitu juga dengan dua orang pengawal yang diupah oleh Adam. Masing-masing tidak mahu biarkan wanita itu bertindak sendirian.
Jadi, berapa yang awak dapat selepas kalahkan semua pemain kebangsaan?” sapa Apy Elina tanya menunggu lama lagi.
Azhan kelihatan sedikit terperanjat pada awalnya tapi cuba berlagak selamba. Dari gerak-geri Azhan, Apy Elina sudah tahu, lelaki itu mungkin akan melarikan diri bila-bila masa tapi tidak berani bertindak. Mungkin kerana dia melihat dua orang bodyguard di belakangnya.
Excuse me?” tanya Azhan kelihatan cuba cari idea untuk berdalih.
Jangan nak berdalih lagi Azhan. Saya tahu awak adalah orang yang menceroboh masuk ke dalam Arena dan tewaskan pemain kebangsaan.”
Mungkin cik ni salah orang kot,” dalih Azhan lagi.
Saya tak tahu macam mana awak boleh ceroboh masuk ke Arena dengan senang tapi awak patut tahu yang pusat sukan saya tu dilengkapi dengan kamera CCTV berteknologi tinggi. Ini bermakna, muka awak dan perbualan awak juga dapat dirakam dengan jelas dan…” belum sempat Apy Elina habis berkata-kata, Azhan membuka seribu langkah melarikan diri.
Hei!” Tanpa berlengah lagi Apy Elina segera mengejar lelaki itu. “Hei, saya cuma nak berbual dengan awak, bukannya nak cari gaduh!”
Sambil berlari, Azhan sempat berpaling dan menjelirkan lidah seolah-olah sedang mengejeknya. Geram Apy dibuatnya. Ini sudah lebih. Siaplah kau! Dia terus mengejar tanpa mempedulikan panggilan daripada dua orang bodyguardnya yang seperti memberikan satu amaran.
Tiba-tiba datang sebuah kereta hitam. Kereta hitam itu berhenti betul-betul di hadapan Azhan sekali gus menghalang Azhan daripada mara. Apy Elina mempercepatkan larian. Pasti kereta itu datang hendak membantu Azhan melarikan diri.
Tatkala dia semakin hampir, satu tembakan kedengaran. Serta-merta dia berhenti berlari. Dalam sekelip mata, dia melihat tubuh Azhan jatuh ke tanah. Dia nampak dengan jelas seorang lelaki dari dalam kereta mengacukan pistol yang masih berasap.
Kemudian, tumpuannya beralih pada tubuh Azhan yang berlumuran darah. Apabila dia pandang ke hadapan semula, dia melihat lelaki itu mengacukan pistol tepat ke arahnya. Kakinya kaku di situ. Jantungnya berdegup kencang dan tiba-tiba sahaja dia sesak nafas.
Satu tembakan dilepaskan lagi…

ADAM memberhentikan keretanya betul-betul di sebuah tempat parking VIP yang kosong. Tanpa berlengah lagi dia segera berlari masuk ke dalam bangunan hospital. Langkahnya terus menuju ke wad kecemasan.
Biarpun bangunan hospital itu besar tetapi itu tidak menjadi masalah baginya kerana dia sudah hafal setiap laluan dalam hospital itu. Ini kerana sudah banyak kali dia berkunjung di hospital itu. Tambahan pula itulah juga hospital milik keluarga Alexander.
Bos!” suara Raymon menyapanya dari jauh sebaik sahaja dia menghampiri sebuah bilik kecemasan.
Kami… minta maaf sebab gagal lindungi puan,” kata Yun tergagap-gagap.
Adam langsung tidak bersuara. Dia segera berlalu menghampiri Izwan yang duduk di kerusi. Tidak sangka Izwan juga turut ada semasa kejadian itu.
Mana dia?” tanya Adam.
Adam…” satu suara kedengaran di belakangnya seraya menyedari lengannya dipegang seseorang. Dia segera berpaling. Dia mengeluh lega apabila melihat sendiri isterinya berada di hadapannya sekarang.
Mak cik…” keluhnya cuba menahan emosi. Entah kenapa dia tiba-tiba dia terasa amat marah. Bukan marahkan isterinya tetapi dirinya sendiri. Kalaulah dia bertegas sikit dan dengar nasihat Izwan tempoh hari, perkara ini tidak akan berlaku.
Kenapa dengan tangan tu?” tanya Adam yang terpandang pergelangan tangan isterinya berbalut.
Tak ada apa-apa. Cuma terseliuh masa Raymon selamatkan saya daripada kena tembak,” jawab Apy Elina sambil tunjuk ke arah Raymon. Adam menjeling pandang Raymon dan Yun yang berdiri di tepi.
Ehem… mereka berdua dah jalankan tanggungjawab lindungi saya dengan baik. Awak janganlah marah ya,” perlahan-lahan Apy Elina menutur kata.
Adam melepaskan keluhan pendek. Kemudian, lengannya dicuit oleh isterinya.
Kau orang tak apa-apa?” tanya Adam kepada dua orang bodyguardnya itu. Serentak itu Apy Elina mengukir senyuman.
Tak. Bos jangan risau,” jawab Raymon. Yun di sebelah turut mengangguk.
Mmm… terima kasih lindungi isteri aku yang degil ni,” tambah Adam lagi seraya menjeling tajam memandang isterinya yang hanya tersengih-sengih di sebelah.
Budak tu macam mana?” tanya Adam kembali serius.
Masih di dalam bilik pembedahan. Masih tak ada sebarang berita lagi. Nasib baik kami sempat sampai ke hospital,” jawab Izwan.
Apa yang dia dah buat sampai ada orang nak bunuh dia? Dia tak nampak pun macam ahli kongsi gelap. Dia tak ada kena mengena dengan ahli kongsi gelap, bukan?” soal Apy Elina yang sejak tadi terganggu dengan pelbagai persoalan.
Orang baik pun ada orang nak bunuh apatah lagi orang macam dia. Jangan risau. Dia takkan apa-apa,” jawab Adam.
Tidak lama kemudian, pintu bilik kecemasan ditolak oleh seseorang. Seorang doktor melangkah keluar. Tanpa berlengah lagi, Apy Elina segera mendapatkan doktor itu.
Macam mana dengan budak tu?” Apy Elina terus menyoal.
Awak ahli keluarga dia?” tanya doktor itu.
Err…” perlahan-lahan Apy Elina menggeleng. “Setahu saya dia anak yatim. Saya pun tak pasti sama ada dia ada saudara terdekat.”
Kenapa? Ada sesuatu yang tak kena?” soal Adam mencelah.
Ah, Adam!” Doktor itu kelihatan terkejut apabila Adam menyapa. “Tak ada apa. Pembedahan keluarkan peluru dah berjaya cuma… pesakit dalam keadaan koma.”
Koma?”
Saya tak boleh jamin bila dia akan sedar.”
Kalau macam tu, sediakan rawatan yang terbaik untuk dia,” ujar Adam memberikan arahan.
Baik. Saya akan uruskan semuanya,” ujar doktor itu sebelum meminta diri.
Dia akan sedar, bukan?” tanya Apy Elina mula rasa tidak sedap hati. Kalau Azhan tiada, kepada siapa lagi dia hendak bertanya. Hanya Azhan yang memiliki jawapan yang dia inginkan.
Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Lelaki macam dia, yang boleh kalahkan beberapa orang pemain kebangsaan dalam masa 10 minit, pasti bukan calang-calang orang. Dia pasti akan selamat,” ujar Adam seraya memeluk bahu isterinya.
Harap macam tulah.”
Dah, jom balik,” ajak Adam.
Hah? Balik? Sekarang?”
Habis tu, nak berkampung depan bilik kecemasan ke?” Adam menjeling tajam.
Tapi macam mana kalau orang tadi tu datang lagi untuk bunuh Azhan?” soalnya.
Serentak dengan itu Adam menjeling tajam ke arah Raymon dan Yun yang tadi senyap di tepi.
Err… puan jangan risau. Itu biar kami uruskan. Lagipun ini memang tugas kami,” pantas sahaja Yun bersuara. Raymon di sebelah Yun mengangguk banyak kali.
So, selesai. Jom balik,” tegas Adam. Kemudian dia memandang Izwan. “Kau pun ikut aku balik. Mak cik yang satu lagi tu tengah risaukan kau.”
Nak tak nak, Izwan terpaksa menurut…

89 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i need more..please2..

  1. Unknown berkata...:

    Uit npe dorg tembak azhan.. Mkin teruja plk nk tgu n3 lg

  1. Unknown berkata...:

    haha..makcik yang satu lg..

  1. Unknown berkata...:

    haha..makcik yang satu lg..

  1. Unknown berkata...:

    haha..makcik yang satu lg..

  1. Miss Vampire berkata...:

    ahhh kak ratu..berdebar gila..apa jd lps ni..ahh nak tau..cepatlah keluar buku..please please !!! nak gugur je jantung ni rasanya..huhuhu

  1. mia_edora berkata...:

    Melissa punya angkara ke??? Hari tu dya cakap nak uruskan azhan... Tapi, x mungkin apy pown jadi sasaran kalau melissa yang bg arahan... Kak ratu... Nak lagi...

  1. jimmy 96 berkata...:

    Kak Ratu, Bila nk Keluar versi cetak? ☺

  1. Unknown berkata...:

    Tak puas...ratu...Please sambung lg...makin mendebarkan novel ni...

  1. Unknown berkata...:

    Tak puas...ratu...Please sambung lg...makin mendebarkan novel ni...

  1. Yong berkata...:

    slmt apy selamat. igt dah kena tembak dah. klo tak grenti 2bodyguards tu tak selamat.
    bet,apa yg adam ckp sebelum ni btl,akan ada org nak bunuh bdk yg blh bocorkan rahsia org yg upah bdk tu.
    sorry, skg ni byk outstation.lmbt baca cter ni jdnya.xsempat.mlm ni tahan mata dr tdo tuk baca.

  1. tak sabarnya nak peluk apy dan adam..

  1. lisanna berkata...:

    Harap dapat sambung

  1. doni berkata...:

    terimakasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,

  1. Yong berkata...:

    salam RB, xnak pos 1 chapter ke?dah lama xbaca, update sikit pun jadi lah.hehehe

  1. Unknown berkata...:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

  1. Unknown berkata...:

    Amat menarik siri kali ini. Ternyata inspirasi anda benar2 menjadi untuk karya ini! Syabas!

  1. Unknown berkata...:

    Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berminat mengambil naskah novel anda yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan TANPA HAD secara PERCUMA.

    Anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ di

    Google Playstore:
    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel

    Apple Store:
    https://itunes.apple.com/my/app/novel+/id993607569?mt=8

  1. Unknown berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. Unknown berkata...:

    Kat mana nak cari karya2 RBN ya?

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Kak, bila nak sambung? �������� Wuwuuwwu

  1. Yong berkata...:

    jenguk kedai buku semata-mata novel ni tp takde jgk. google pun tak dapat jgk. lambat lagi ke nak keluar?

  1. Unknown berkata...:

    Novel ni xde sambungannya lagi ke..^_^ tak sabar nk ke kdai buku

  1. Unknown berkata...:

    Kak bila novel ni nak kluar versi cetak.. Xsabar nk peluk

  1. eizeda berkata...:

    Bila novel ini akn keluar versi cetak ya? Sy sentiasa tgk fb dan blog sis, harap2x ada cerita terbaru dr sis..seronok baca karya sis, xbosan walaupun baca byk kali.. (♡˙︶˙♡)

  1. Unknown berkata...:

    CERITA SEX PERAWAN, CERITA DEWASA, CERITA BOKEP SEMI

    CERITA SEX PERAWAN MERUPAKAN SITUS KUMPULAN CERITA SEX, CERITA DEWASA, CERITA SEX PERAWAN, CERITA NGENTOT, CERITA SEX DEWASA, CERITA BOKEP, CERITA HOT, CERITA PERAWAN, CERITA PORNO, CERITA BOKEP DEWASA, CERITA BUGIL, CERITA SEX BUGIL, CERITA LENDIR, CERITA SEX LENDIR, CERITA SEX SEMI TERBAIK DI INDONESIA

    Cerita Sex

    Bokep Semi

    Cerita Sex

  1. kungfu4d2 berkata...:

    ok bagus sob infonya dan salam kenal

  1. pokervita berkata...:

    mantap bos infonya dan salam sukses selalu

  1. indowlatoto berkata...:

    makasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat

  1. tgl4d berkata...:

    keren mas artikelnya dan menarik

  1. kera4d berkata...:

    Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

  1. totojitusgp berkata...:

    Menarik sekali, perlu saya coba ini..
    kebetulan lagi cara tentang hal ini.

  1. dingdongtogel berkata...:

    ok mantap sob buat infonya dan salam kenal

  1. istanaimpian2 berkata...:

    keren mas buat infonya dan salam sukses selalu

  1. bioskop4d berkata...:

    bagus bos artikelnya dan menarik

  1. loginfun88 berkata...:

    makasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat

  1. Unknown berkata...:

    mana nk dapatkan novel ni.. lama dah cari

  1. Fanny Adelia berkata...:


    Daftar Situs PokerV Waah

    sangat membantu banget nii artikelnya gan ini ada sedikit bonus, Jangan Lewatkan Video Panas Artis

    Dalam dan Luar Negeri

    Nonton Selengkapnya Disini

  1. kiko berkata...:

    good website

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Best web app development firm in Houston Texas.

  1. istanaimpian1 berkata...:

    bagus bos artikelnya dan menarik

  1. ONIL CHRISTIAN berkata...:

    Wow, Great, your blogs are really very informative and easy to understand . keep writing such an informative blog. The evisa Turkey or Electronic Turkey visa is a necessary travel document to visit Turkey . Without this you can not enter into the turkey . so if you plan to visit Turkey you should know all about the evisa and other latest guidelines related to Turkish travel .

  1. website kurma berkata...:

    Congratulations on your article, it was very helpful and successful. f9719635b5112aa8ba0f596ba7dc69c9
    numara onay
    sms onay
    website kurma

  1. Thank you for your explanation, very good content. f96f62f45fc1814a861467522cc86745
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. c3d0c8cc1995b5fcd46e14fb7991e2d9
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 7420ed53a8bf4c86b5a46ba678328a3f
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 83098958d0d860118b9b33f25d865e1b
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 2802b7a4be16fba0ede2431f95b5eccd
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 74b482b6d1734eab3853137cfd4fe7e2
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. bd9a96ee1ed4e80618c83f57b303d991
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 1e0d9b95c5732ae25e8ead22d31e2b41
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. bf5ad6055b4da5a1d472a972b29a6e3c
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 71e42f3ed291284792eba60998bd3ef3
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 4a5ea3ba0dbae3ed7e653ed474cf6a74
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 07640a7db8fac80db76f460107752a22
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 1e2a55f6b4606996409335e8052b7b02
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 4130bc8d3507e40d87bf079515b74e96
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 4e681fda5f81efb102ee8150956749e1
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. e6e99abf4f4d4b2e8df221dbe73f86b6
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 743d4f828027b757d405e5b595a39313
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. ce2c0735a8dafb9d92fd7720b2f5c681
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 211d436f29966305d6d0dc72ac951839
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 96bde05e664faf972b3af2fc82213988
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 262aeb40bac07328a77fc1445090ca1b
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 140e5d3886d9795c9a6907dbe0f8b431
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 6146bf1b3c3cb4d45ce793c7f6c5c76f
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 5a968a78eb1b8fc1a81dd206dbfe9f54
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. c562f3c2f6bee45b48ba955d3ae0ff9f
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 446ea56094f6bc6c868e22c4016cbb8d
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 9f00d30d37b2ffa18b010b64db30f90b
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. b48653cd81f1401ed1778bcc912ed2f8
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 19fee66569f3957f2032b081aa116833
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 23f4380de0f942074c154915cdf78034
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. e2bb5b230728052f51d3c6b5862b7b9d
    altın dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 03b4a2176e170514bc3c7ebffb749821
    define dedektörü

  1. Thank you for your explanation, very good content. 0f907414aee13e2b37b419527e399e65
    define dedektörü

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages