19: FOBIA


“Alex…dia…tak boleh makan nasi….”

Kening Apy Elina terangkat.

“Tapi dia dah makan tadi,” ujarnya.

“Mungkin lepas ni The Legend akan dapat malapetaka yang besar,” Leo berkata.

“Ha?” reaksi yang berpura-pura. Perfect!

Hatinya menjerit.


“Sejak kecil lagi dia telah dilatih dengan pelbagai latihan tegas termasuklah dalam sukan. Selain bola keranjang, dia juga mahir dalam beberapa sukan lasak yang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang dan semua jenis sukan seni mempertahankan diri. Dia juga mewarisi kecerdikan ibunya. Menurut satu sumber, dia sudah boleh menyelesaikan masalah matematik taraf universiti semasa berumur 6 tahun. Dan dalam bola keranjang, dia dianggap Genius.”

Tercengang Apy Elina mendengar apa yang diolah oleh Daniel tadi. Entah kenapa dia rasa dirinya terlalu kecil dan tidak mempunyai tenaga untuk berhadapan dengannya.

“Ke… kenapa aku rasa dia begitu menakutkan?”

Daniel mengukir senyuman.

“Tapi aku tahu kelemahannya.”

“Apa dia?”

“Nasi.”

“Hah?” Apy Elina menarik muka pelik. “Nasi?”

Daniel mengangguk.

“Nasi?” ulanginya lagi. Otaknya mati akal.

“Maklumat ni begitu berharga. Tak ramai yang tahu. Pendek kata hanya rakan-rakan terdekatnya saja yang tahu tapi aku tak cakap rakan-rakannya yang beritahu. Itulah tugas seorang penganalisa sukan. Mesti pandai menganalisa seseorang walaupun belum pernah bersemuka,” Daniel tersenyum lagi.

“Tapi kenapa mesti nasi?”

“Itu tugas jurulatih untuk mencungkilnya.”


Izwan sejak dari tadi melihat jam tangannya. Lagi 15 minit hampir jam 2 petang. Latihan akan bermula sebentar saja lagi tapi nampaknya keadaan Alex masih lagi tidak diketahui. Dari luar tandas lelaki dia mendengar dengan jelas bunyi sesuatu. Hampir satu jam lebih dia berdiri di pintu tandas yang terkunci dari dalam. Ketukkannya langsung tidak diperdulikan.

Sunyi. Dia tidak mendengar bunyi selepas itu. Tiba-tiba tombol pintu tandas kedengaran dari dalam. Izwan cuba memulas tombol. Tidak terkunci. Tanpa berlengah lagi dia melangkah masuk ke dalam tandas lelaki. Kelihatan Alex menongkat kedua tangannya di atas sink.

“Aku tak apa-apa,” kata Alex tanpa ditanya. Namun, wajah pucat Alex telah menjawab persoalan yang ingin ditanya Izwan. “Gila punya jurulatih! Hal kecik macam ni pun dia tahu!” dia menarik nafas lemah.

“Kalau dah tahu kena perangkap kenapa cari nahas lagi?” soal Izwan. Untuk kali ini dia tidak mahu memihak pada sesiapa. Dia tidak boleh salahkan Apy Elina mahupun Alex sendiri.

“Saja nak tahu dia kejam ke tak,” balas Alex selamba.

“Dan?”

“Dia memang kejam,” jawabnya sebelum berlari memasuki tandas kembali menggeluarkan sisa-sisa yang dimakannya tadi yang sememangnya meloyakan tekaknya. Izwan tersenyum tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu apa yang melucukannya tapi entah kenapa dia rasa ingin ketawa.

“Perlu ke ketawa?” soal Alex lemah keluar dari tandas. Dia membasuh mulut. “Ada beli gula-gula tak?” soal Alex lagi yang tidak tahan dengan bau nasi. Jika boleh dia ingin menghilangkan bau itu dari mulutnya. Izwan menghulur sebiji gula-gula Hacks hitam kepada kawannya itu.

“Balik berehatlah. Nanti aku beritahu cikgu yang kau tak sihat.”

“Jangan nak mengarut. Itu namanya aku mengaku kalah.”

“Lemah-lemah macam ni pun kau tak nak mengalah ke?” Izwan menggeleng.

Gula-gula Hacks di sumbat masuk ke dalam mulut. Izwan dipandangnya.

“Kura-kura pun tak pernah mengaku kalah,” begnya dicapai sebelum mengorak langkah keluar dari tandas tersebut. Izwan menggeleng. Tidak guna dia berkeras memaksa Alex memandangkan dia kenal dengan perangai Alex yang pantang mengaku kalah. Walau perit mana pun, Alex tidak akan mengaku kalah.

Apy Elina tersenyum sinis sebaik sahaja melihat kelibat Alex melangkah masuk ke dalam dewan gelanggang bola keranjang bersama-sama Izwan yang mengikuti dari belakang. Semua yang berada sudah berada di gelanggang memanaskan badan tadi, berhenti dari melakukan senaman sebaik sahaja melihat Alex melangkah masuk dengan langkah bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku.

Begnya di campak ke tepi. Zip jaket berwarna putih berjalur hitam yang dipakainya dibuka sedikit menampakkan t-shirt putih yang dipakainya di dalam.

Adam Alexander, dia memang dilahirkan tanpa kelemahan. Hebat. Walaupun hampir nyawa-nyawa ikan tapi masih lagi boleh bernafas. Patutlah Daniel pun memujinya rupanya dia memang pemain yang hebat. Bukan sahaja hebat digelanggang tapi hebat mengelirukan pihak lawan,’ detis hatinya sambil bersemuka dengan Alex dihadapanya.

“So?” Alex bersuara.

“3 pointer,” Apy Elina melontarkan bola jingga di tangannya kepada Alex. Cekap Alex menangkapnya.

“Hah?”

“Panaskan badan dulu,” jawab Apy tanpa ditanya.

Panaskan badan?! Haru! Memang betul-betul jurulatih yang kejam. Ada ke patut suruh aku buat 3 pointer sebanyak 100 kali tanpa berganjak seinci pun? Dahlah tekak aku ni macam nak meletupkan sisa-sisa nasi tadi. Gila! Memang betul-betul cari nahas!’ jerit hatinya yang ternyata tidak puas hati.

Namun Alex tetap berlagak selamba. Masih mampu bertahan walaupun dia sudah melihat dua tiang keranjang di hadapannya. Dia cuba fokus dan bersikap tenang. Mana boleh mengaku kalah dengan senang. Depan jurulatih perempuan pula tu. Nanti jatuh sahamnya.

Apy Elina mencuri pandang Adam Alexander. Walaupun dia gembira sangat dapat kenakan anak buahnya yang angkuh itu tapi jauh dari sudut hatinya dia bangga dengan sikap Alex yang tidak mudah mengaku kalah. Kasihan juga melihat keadaan Alex tapi apa boleh buat, dendam tetap dendam!

Rinazila yang melihat sejak tadi melihat mereka semua berlatih di tepi mula tidak sedap hati. Begitu juga dengan Izwan yang berlatih di gelanggang sebelah bersama mereka yang lain. Hendak saja dia menarik Alex pulang dari terus mengadakan latihan tapi dia tahu, jika dia buat begitu Alex pasti tidak akan tegur sapanya seumur hidup. Bagi Alex, bola keranjang adalah hidupnya, jika ada seseorang mengganggunya bermain bola keranjang akan parahlah orang itu.

Bola yang dilontar Alex masuk ke dalam keranjang tadi pantas ditangkap jurulatihnya.

“Belum sampai 100 lagi,” kata Alex sedikit bengang apabila diganggu. Kali ini entah apa pula yang akan disuruh buat. Lari 200 pusingan? Betul-betul kejam!

Apy Elina sekadar tersenyum.

Sah! Ada lagi!

Latihan tamat jam 4 petang. Alex terduduk kepenatan setelah melihat tubuh jurulatihnya meninggalkan dewan gelanggang sebaik sahaja memberitahu latihan pada hari itu telah pun tamat. Botol air mineralnya dicapai dan meneguk setengah daripadanya.

“Kau okey ke?” tanya Zack mewakili rakan-rakannya yang lain yang turut menghampirinya.

Alex tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat tangan. Okey… buat masa ni.

“Kau agak-agak cikgu tahu tak yang kau tak boleh makan nasi?” tanya Wawa pula. Sejak dari tadi lagi dia rasa pelik dengan perangai jurulatihnya.

Alex mengangkat bahu tapi sebenarnya otaknya langsung tak boleh hendak mencerna lagi soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Dunianya seperti berpusing pantas. Dah mulalah stage pertama! Pantas dia memberi isyarat pada Izwan.

Izwan mengangguk faham. Dia mengekori Alex yang sudah mengatur langkah untuk pulang.

“Bagi kunci kereta,” kata Izwan. Dia memang tidak percaya Alex boleh bawa kereta dalam situasinya sekarang. Kunci keretanya segera dihulur kepada Izwan tanpa banyak soal. Sebaik pintu kereta dibuka, dia terus melulu masuk ke dalam dan memejamkan matanya.

Izwan menjeling pandang Alex yang sudah menutup mata. Namun dia tahu Alex belum tidur lagi.

“Nak ke klinik tak?” tanya Izwan.

“Tak pe. Tak de apa,” Alex bersuara lemah dengan kedua matanya yang tertutup rapat. “Nanti singgah 7E, beli 100 Plus banyak-banyak,” tambahnya seperti orang mengigau pun ada.


Apy Elina tidak henti-henti ketawa menceritakan kejadian siang tadi kepada Daniel. Dia tidak dapat lupakan wajah Alex yang teruk dibuatnya tapi nampaknya Alex masih boleh tertahan. Mungkin dia patut tambah kuantiti nasi untuk dajalnya yang seterusnya.

“Awak tak patut bertindak kejam macam tu,” kata Daniel ditalian.

“Tahu. Itu sebagai pengajaran saja. Saya nak sedarkan dia saja jangan terlampau angkuh sangat. Jangan ingat dia tu hebat, dia boleh buat apa saja. Itu baru sikit, lepas ni ada lagi,” dia tersengih lagi sambil memikirkan rancangan jahatnya yang seterusnya.

“Saya tak kenal dia jadi tak berani nak beri banyak komen tentangnya tapi apa yang saya dengar tentangnya… dia bukan orang yang mudah mengaku kalah malah dengan kata lain lagi, dia sanggup pertaruhkan nyawanya untuk dapat sesuatu. Orang macam nilah yang bahaya.”

“Ekk? Kenapa?”

“Dia bermain dengan nyawa, Apy.”

“Maksud awak?”

Cuba awak fikir, dia tahu dia tak boleh makan nasi tapi dia makan juga. Bukan tu mencari maut namanya?” kata Daniel lagi.

“Tapi bukannya mati kalau makan nasi pun.”

“Orang yang alegik dengan sesuatu makanan boleh mengakibatkan kematian. Saya cuma nak beri nasihat saja. Jangan gembira sangat. Ingat, dia tu Adam Alexander. Apa-apa yang berlaku padanya, orang itu tidak akan hidup aman,” kata Daniel sambil matanya tepat merenung artikel dihadapannya yang baru sahaja diterimanya tadi.

Perbualan mereka tamat tidak lama selepas itu.

“Awak risaukan dia?” suara Darina menyapanya tiba-tiba. Dengan perlahan Daniel mengangguk.

“Apy, dia tak tahu yang dia tengah bermain dengan api,” ujarnya menghulurkan beberapa artikel yang telah dibacanya tadi kepada tunangnya itu. “Semua artikel tu berkenaan dengan keluarga Alexander. Keluarga Alexander adalah sebuah kongsi gelap yang terkenal di Taiwan. Ramai yang tak tahu tentang ni sebab nama mereka terlindung dengan Empayar Alexander. Dan Alex adalah anggota yang paling berpengaruh dalam keluarga Alexander walaupun dia berada di Malaysia tapi dia ada para pengikutnya sendiri di sana dan mungkin juga di Malaysia. Mungkin sebab dia adalah pewaris tunggal,” terang Daniel.

“Jadi, awak takut Alex akan apa-apakan Apy?”

Daniel menggeleng.

“Bukan Alex yang akan apa-apakan Apy tapi pengikut-pengikutnya. Bagi pengikutnya, melindungi tuan mereka adalah nombor satu. Apa-apa terjadi pada Alex dan diketahui oleh pengikutnya, mereka tidak akan teragak-agak menggunakan kekerasan untuk membalas dendam contohnya seperti yang terjadi pada bekas suami kakaknya, Mellissa.”

“Dia ada kakak?”

Daniel mengangguk.

“Itu dulu tapi sekarang dah meninggal. Lepas kakaknya meninggal, seluruh kaum keluarga bekas suami kakaknya hidup melarat sehingga ada diantara mereka terpaksa menjadi buruh kasar untuk menyara hidup manakala dengar kata bekas suami kakaknya pula menjadi peminta sedekah setelah kakinya patah dikerjakan pengikut Alex.”

Terkejut Darina mendengarnya. Dia ingat situasi begitu hanya berlaku di dalam drama-drama kongsi gelap sahaja tapi tidak sangka ianya benar-benar terjadi.

“Kenapa tak beritahu saja pada Apy pasal Alex? Awak patut beritahu dia pasal ni supaya dia boleh berhati-hati kelak.”

“Saya tak mahu ganggu konsentrasinya dalam melatih mereka. Seseorang jurulatih mesti pandai mengawal pemainnya. Dalam hal ini Apy mesti pandai mengawal Alex walau siapapun Alex tu,” balas Daniel.

“Tapi bagaimana kalau dia tak boleh kawal Alex?”

“Saya kenal Apy. Baginya, tiada perkataan mustahil dalam hidupnya,” balas Daniel lagi dan kali ini dengan penuh keyakinan. “Dahlah, jangan fikirkan perkara ni lagi. Kita patut fikirkan tentang majlis perkahwinan kita. Bagaimana? Dah berbincang tarikh yang sesuai dengan papa dan mama?”

“Dah,” dia mengukir senyuman manis.

Pulang saja dari kerja part time, Izwan mendapati lebih 10 tin 100 Plus bertaburan di atas meja di ruang tamu rumah sewanya dan Alex sudahpun terlelap keletihan di sofa. Deringan handsetnya yang menjerit nyaring langsung tidak di dengarnya. Tanpa berlengah lagi Izwan mencapai handset Alex. Skrin handset terpampang tulisan cina yang tidak difahaminya.

“Hello,” jawabnya.

“Alex?” suara perempuan lembut menyapanya.

“Sorry, Alex dah tidur.”

“Oh, siapa ni?” tanya empunya suara. “Izwan?” tekanya.

“Emm….”

“Izwan, saya Selina,” akhirnya dia perkenalkan diri.

“Oh Selina,” serta merta dia teringat gadis yang pernah datang melawat Alex tempoh hari. “Alex tengah tidur, nak saya kejutkan ke?” dia bertanya tapi dalam hati dia berdoa janganlah Selina menyuruh kejut Alex. Parah nanti.

“Tak mengapa tapi tolong sampaikan satu pesanan padanya?”

“Okey, nak pesan apa?”

Mata Alex yang kuyu tadi terus segar apabila mendengar pesanan dari Selina daripada Izwan pagi-pagi lagi. Dia terdiam sebentar barangkali tidak percaya dengan apaa yang diberitahu Izwan.

“Cakap sekali lagi?”

“Dia cakap, dia nak datang Malaysia,” ujar Izwan lagi.

“Hah?”

“Kenapa kau terkejut sangat?”

“Dia ada cakap dia nak tinggal terus di sini ataupun saja-saja datang?” tanya Alex lagi. Kali ini dia kelihatan cukup menggelabah.

Izwan mengangkat bahu. Seingatnya itu saja Selina memberitahunya. Sama ada ingin tinggal di Malaysia ataupun melawat Malaysia, dia tidak tahu menahu. “Kau ada masalah dengan Selina ke sampai dengar nama dia pun kau cuak?”

“Cuak?” kali ini dia berlagak selamba. Izwan sekadar mengangguk.

“Tapi taklah secuak semalam. Masa cikgu paksa kau makan nasi tu,” dia tersengih. Teringat wajah cuak Alex yang dipaksa makan nasi. Alex menghadiahkan jelingan tajam. Memang dia tidak dapat lupakan peristiwa semalam yang membuatkan dia memuntahkan kembali apa yang dimakannya. Itupun malam tadi dia masih lagi loya-loya. Dan tak pasal-pasal, dia memaksa diri meminum beberapa tin air 100 Plus untuk menggelakkan stage ke-2 iaitu demam.

“Hey, kau agak-agak hari ni aku kena makan nasi lagi ke?” tanya Alex tiba-tiba. Dia memandang Izwan yang berhenti mengacau air kopi untuk minuman pagi mereka.

Alex memandang bungkusan coklat dihadapannya tanpa berkelip. Begitu juga dengan Izwan. Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam kuliah, mereka di datangi seorang pelajar perempuan junior memberi Alex bungkusan coklat yang diikat dengan getah dan berbentuk segi tiga itu.

Tiba-tiba tekaknya terasa loya. Dengan pantas, dia mencapai begnya dan berlari keluar dari dewan kuliah. Nota yang turut disertakan bersama-sama bungkusan yang diterimanya itu di ambil. Alex belum sempat lagi membuka nota tersebut barangkali terkejut dengan bungkusan tersebut.

Cikgu nak minta maaf pasal semalam. Sebagai tanda minta maaf, cikgu akan tukar menu. Dan ini bihun yang cikgu sempat beli untuk sarapan pagi kamu- Jurulatih yang Comel-

“Bihun?” tanya Izwan kehairanan. Segera dia membuka bungkusan tersebut dan mendapati ianya bukan nasi lemak tapi bihun goreng. Serentak dengan itu dia tersenyum sendirian. Tidak sangka, dengan mudah saja Alex boleh tertipu.

7 si charming:

  1. N.A berkata...:

    assalamualaikum...

    tk...
    best2...
    lagi2...

  1. Yeun Yie berkata...:

    wah~ best la citer ni..

    la..alex alergi rupe nye mkn nasi..cian sungguh..hahaha..

    kak ratu, betol ke alam antasya nk smbng? wah~ berita baik ni..

    x sngka gak ye apy elina tu kejam..ishk2..

    n lagi x sngka kluarga alex tu slh satu ahli kongsi gelap..lgi dahsyat tu.. pape pon..
    sy suke sngt citer ni...x sabo nk tau n3 strusnye..hehehe..

    cpt smbng tau..i wish u good luck..

  1. nemo kaler oren berkata...:

    wah best gler..
    lmbt sgt la tgu n3 bru..
    bz eh???
    neway gud luck k???

  1. nemo kaler oren berkata...:

    wah best gler..
    lmbt sgt la tgu n3 bru..
    bz eh???
    neway gud luck k???

  1. Ai berkata...:

    haha..
    gile kelakar,
    adeh.. alex2..
    mcm2 ar ko ni..

  1. agent_sesat berkata...:

    comelnya alex....
    :p

    k pasnie nak smabung lak anatasya ehh..k lah tue...dah lama tergantung kan..x sabar2..x sabar..

    P/S jgn kata alex mmg alergic mkanan berkanji..hehehe..nasi, bihon..hehhee

  1. riena berkata...:

    pelik gak alex tu .
    nasi pun xbleh mkn ke .
    nway , citer ni ttp bes n giler ah .
    waiting for new entry !
    hohho .

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages