Baru
sahaja dia ingin terlelap, dia terasa gebar yang membaluti tubuhnya
ditarik seseorang. Dengan malas dia membuka mata. Seperti yang
dijangka, pasti Luqman punya kerja.
“Kenapa?”
tanya Nazwan separuh mengantuk.
“Kau
boleh tanya kenapa lagi? Aku ajak kau datang sini bukannya suruh kau
sambung tidur,” kata Luqman.
“Bukan
ke kau yang kata aku boleh habiskan masa duduk dalam bilik sementara
kau dengan Sarah keluar dating.”
“Memanglah
tapi sekarang dah lain. Kalau aku dating dengan Sarah, sepupu Sarah
tu siapa nak jaga?”
Nazwan
mengerut dahi. Dia langsung tidak dapat memikirkan apa kaitannya
dengan sepupu Sarah itu. Lagipun Luqman juga sudah sedia maklum yang
dia tidak gemar bercampur gaul dengan orang yang kurang dikenali
terutamanya perempuan. Lagi-lagi bila dia dapat tahu gadis itu juga
memiliki nama yang sama seperti kekasihnya dulu.
Bila
difikir balik, dia pasti ini adalah sebahagian daripada rancangan
Luqman. Luqman tidak akan mengajaknya pergi bercuti dan membuat
alasan yang tidak masuk akal. Berdua-duaan dengan Sarah di Cameron
Highland? Itu memang bukan Luqman yang dikenali. Bila Luqman
perkenalkan Asha, barulah dia faham rancangan Luqman. Ini tidak lain
tidak bukan mesti hendak mengalihkan perhatiannya dengan kehadiran
gadis yang bernama Natasya.
Tapi
usaha Luqman itu sia-sia sahaja. Dia tidak mudah jatuh ke dalam
perangkap Luqman.
“Dia
dah besar panjang. Pandai-pandailah dia nak jaga diri. Lagipun dia
lebih tua daripada kita takkan dia tak pandai jaga diri kot,” jawab
Nazwan sambil menarik kembali gebar putih yang ditarik Luqman tadi.
“Memanglah
dia pandai jaga diri tapi kalau kau ada lagi bagus. Aku dengan Sarah
dan kau boleh layan dia. Tak adalah dia rasa macam datang sini
seorang diri,” Luqman sekali lagi menarik gebar tadi.
“Bila
masa pulak aku pandai layan perempuan ni?”
“Aku
tak kira, kau kena ikut kita orang jugak!” paksa Luqman sambil
menarik tangan Nazwan bangun dari katil.
“Aku
mengantuklah,” kata Nazwan kembali berbaring. “Kau pergilah
keluar. Lagipun apa gunanya sewa bilik ni kalau tak guna untuk
tidur,” tambah Nazwan lagi.
“Tidur
tu bila-bila pun boleh. Kau tahu tak, demam kau boleh datang balik
kalau kau tak buat aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Jom, kita
keluar jalan-jalan. Apa gunanya kau datang sini tanpa pergi
jalan-jalan,” paksa Luqman lagi menarik Nazwan supaya bangun dari
baringnya.
“Luqman,
aku nak tidur....”
“Kau
ada dua pilihan sekarang, ikut aku atau aku akan ganggu kau tidur
sepanjang hari ni. Kau pun kenal aku, bukan? Selagi aku tak dapat
selagi itulah aku akan paksa kau,” Luqman semakin mendesak.
“Okey,”
jawab Nazwan dalam terpaksa. Memang dia kenal dengan Luqman yang tahu
bagaimana hendak menguasai dirinya. Kalau Luqman kata akan ganggu dia
tidur, memang Luqman akan kotakan kata-katanya. Jadi, suka atau
tidak, dia terpaksa mengikut kata-kata Luqman.
“Bagus.
Bersiap sekarang,” kata Luqman menariknya turun dari katil.
“Tapi
aku cuma bawa baju tidur saja,” jawab Nazwan selamba.
“Aku
dah agak dah sebab tu aku dah sediakan untuk kau,” balas Luqman
sambil membuka bagasinya.
Seakan
tidak percaya Nazwan dibuatnya. Patutlah dia berasa pelik apabila
Luqman membawa bagasi sederhana besar untuk ke sini, rupa-rupanya
Luqman turut memuatkan pakaiannya dalam bagasi itu.
“Luqman,
kau memang licik,” keluh Nazwan sebelum berlalu masuk ke dalam
kamar mandi. Hanya 10 minit sahaja diperlukannya untuk mandi dan
menyalin pakaian. Dalam tidak puas hati, sempat juga dia memuji
Luqman yang tidak menyediakan pakaian yang pelik-pelik.
“Hah,
handsome pun!” puji Luqman sebaik sahaja Nazwan keluar dari kamar
mandi.
“Jangan
nak perli aku,” Nazwan menjeling tajam.
“Aku
tak perli. Kau memang handsome pada dasarnya tapi kau tak reti nak
guna semua tu dengan baik,” balas Luqman lagi.
“Luqman,
kalau lelaki puji lelaki lain handsome, itu maknanya dia gay,” kata
Nazwan jijik dengan kata-kata Luqman tadi.
“Habis
tu, siapa yang layak panggil kau handsome? Perempuan? Aku
tertanya-tanya, kalau banyak-banyak perempuan, siapa yang pernah puji
kau handsome?” tanya Luqman.
“Aku
yakin sebab kau lagi handsome daripada Aidil.”
Tiba-tiba
wajah Arissa terlintas di fikirannya. Dia memang tidak banyak kawan
perempuan. Biarpun dia pernah ada kekasih tetapi kekasihnya itu tidak
pernah memujinya handsome. Hanya Arissa yang berani meluahkan.
“Senyum-senyum
seorang diri tu mesti ada apa-apa,” kata Luqman tiba-tiba.
“Hah?”
terkejut Nazwan dibuatnya. Senyum? Dia sendiri tidak pasti.
“Selalunya
orang tengah angau memang tak sedar apa yang dia buat,” balas
Luqman lagi.
“Jangan
merepek!”
“Kau
ingat siapa?” tanya Luqman tersengih-sengih. “Hah, aku tahu.
Mesti kau ingat Asha tadi tukan?”
Nazwan
mengerut dahi. Apa pula tiba-tiba Luqman sebut pasal Asha yang tiada
kena mengena dalam hidupnya. Walaupun Asha memiliki nama sama seperti
kekasihnya dahulu tetapi dia tidak pernah mengalu-alukan kedatangan
Asha dalam hidupnya.
“Kenapa
pula aku mesti ingat dia?” tanya Nazwan.
“Sebab
dia ada puji kau handsome tadi.”
“Hah?”
Nazwan menggaru kepala. “Ada ke?”
“Jangan
berpura-pura buat tak ingat.”
“Tolong
jangan senyum macam tu. Aku benci tengok,” ujar Nazwan melemparkan
tuala yang digunakan tadi ke arah Luqman. “Cepat! Tadi beriya-iya
ajak aku tapi dia pula yang terhegeh-hegeh nak bersiap.”
“Nazwan
dah jatuh cinta,” ejek Luqman umpama budak kecil yang baru kenal
cinta.
“Diam!”
***
“Dalam
banyak-banyak hotel kat sini kenapa Kak Arissa pasti yang diorang ada
kat resort ni?” tanya Naufal sebaik sahaja memberhentikan kereta di
tempat letak kereta berdekatan dengan sebuah bangunan yang bercirikan
seni bina Inggeris.
“Sebab
kalau diorang bercuti di Cameron Highland, diorang akan ke sini.
Lagipun Nazwan memang cerewet. Dia tak boleh tidur kalau tak dapat
katil yang best macam katil rumahnya,” jawab Arissa dengan begitu
yakin.
“Dan
Kak Arissa masih sukakan lelaki yang cerewet macam tu?”
Arissa
menjeling tajam. Dia tidak faham langsung dengan Naufal versi dewasa
ini. Sepanjang dalam perjalanan tadi, Naufal tidak henti-henti
bertanya tentang Nazwan. Kemudian, tidak habis-habis mencari
kelemahan Nazwan. Macam soalan tadi. Mananya tidak sakit hati kalau
orang lain memperkecilkan Nazwan yang dia kenal.
“Yup.
Nazwan memang cerewet. Dia juga banyak kelemahan. Dia bukan macam
hero dalam drama cinta yang romantik. Tapi dia ada cara dia yang
tersendiri untuk jadi romantik. Ada faham?” ujar Arissa menahan
geram.
“Kalau
dah jatuh cinta tu, semuanya nampak indah,” ujar Naufal separuh
menyindir.
“Tahu
tak pe,” balas Arissa sambil membuka pintu CRV yang dinaikinya.
Belum kakinya menjejak ke tanah, dia kembali menutup pintu CRV itu
semula. Kolar baju Naufal lantas ditarik.
“Hei,
rileks. Kalau tak sabar pun tunggu kita masuk dalam bilik dulu,”
ujar Naufal dengan nada menggoda.
“Perasan!”
dia kembali melepaskan Naufal. Pada asalnya dia ingin menggertak
Naufal tapi lain pula yang Naufal fikirkan. Lelaki, memang berotak
kuning betul. “Kau jangan muncul depan Nazwan,” Arissa memberi
amaran.
“Kenapa?”
“Aku
tak nak Nazwan tahu yang kau datang sini bersama aku.”
“Apa
kaitannya?” tanya Naufal lagi.
“Aku
tak nak Nazwan cemburu bila dia dapat tahu yang aku datang sini
dengan kau.”
“Kenapa?
Sebab saya handsome daripada dia?” tanya Naufal sambil
membelek-belek wajahnya di cermin pandang belakang. Sempat juga dia
membetulkan rambutnya yang tajam bagai duri itu.
“Serius,
Naufal,” jeling Arissa. Sakit hati betul bila bercakap dengan
Naufal. Ada sahaja modal hendak dibalasnya.
“Kak
Arissa yakin ke yang dia akan cemburu?” tanya Naufal kembali.
Arissa
menjeling tajam. Soalan yang mencabar.
“Saya
yakin dia takkan cemburu,” ujar Naufal dengan pasti.
“Nak
bet?”
“Semestinya!”
laju sahaja Naufal menyahut cabaran itu.
“Kalau
aku memang, kau dilarang muncul di hadapan Nazwan lagi,” kata
Arissa.
“Okey,
kalau Kak Arissa kalah... bersedialah untuk jadi girlfriend saya.”
“Dalam
mimpi!” balas Arissa dengan penuh yakin.
Tanpa
buang masa dia lantas keluar dari CRV Naufal dan berlalu membuka
bonet untuk mengeluarkan bagasinya. Namun, dia tidak terdaya hendak
menariknya keluar. Seolah-olah semua tenaganya yang ada sudah habis
digunakan.
“Apa
kau tunggu lagi? Tolonglah aku cepat!” ujar Arissa geram melihat
Naufal yang tersengih-sengih di sebelah.
“Cuba
cakap elok-elok sikit.”
“Naufal!”
Arissa mendengus marah.
“Cakap
macam ni, 'Naufal sayang, tolong ambilkan bagasi saya',” arah
Naufal sengaja ingin mengambil kesempatan.
“Huh,
jangan harap!” Arissa masih berkeras. Mana mungkin dia akan tunduk
dengan permintaan Naufal. Hendak dia jadi teman wanita Naufal? Huh,
mati dua kali pun dia tidak akan menerima Naufal. Cintanya hanya pada
Nazwan!
Tiba-tiba,
Arissa terasa dunia di sekelilingnya terumbang-ambing. Tubuhnya
kembali diserang seram sejuk seperti beberapa hari yang lalu. Begitu
juga dengan sakit kepala yang kembali menerjah kepalanya. Arissa
merasai tubuhnya melayang di udara sebelum disambut oleh seseorang.
Arissa cuba memfokuskan pandangannya.
“Memang
degil betul. Cubalah sesekali dengar sikit cakap orang. Asyik dengan
perangai keras kepala dia saja. Sekarang ni siapa susah? Dah tahu
badan tu baru baik dari demam, tapi masih lagi degil nak berjalan
jauh. Tahu tak cuaca kat sini sejuk? Memang nak cari nahas betul,”
bebel Naufal bernada marah masih lagi merangkul pinggangnya.
“Arissa?”
Namanya disebut oleh seseorang.
Arissa
berpaling. Dari jauh dia nampak susuk tubuh lelaki yang amat
dikenali. Bagaimanapun, pandangannya masih lagi kabur. Lelaki itu
dilihat berjalan menghampirinya. Dia cuba memberikan tumpuan pada
pandangannya.
Nazwan!
Jerit hatinya apabila matanya mula fokus.
Lantas
tenaganya yang hilang tadi kembali semula dengan tiba-tiba. Dia mula
menyedari situasi sekarang. Naufal masih lagi merangkul pinggangnya.
Serentak itu, dia segera berdiri tegak dan menolak Naufal ke tepi.
“Nazwan,”
Arissa segera berlari mendapatkan Nazwan.
“Arissa,
apa kau buat dekat sini?” tanya Nazwan yang kelihatan terkejut
dengan kehadiran Arissa di situ. Rasanya dia tidak pernah beritahu
Arissa yang dia akan ke Cameron Highland.
“Luqman
kata kau dating dengan perempuan cantik dekat sini,” adu Arissa
tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Tiba-tiba sahaja
dirinya rasa sebak.
Nazwan
menjeling pandang Luqman.
“Aku
cuma cabar dia, tak sangka dia betul-betul...,” Luqman tidak dapat
meneruskan kata-katanya apabila melihat Arissa menjelirkan lidah ke
arahnya. “Memang ahli sihir....”
“Terima
kasih Luqman sebab jemput Arissa ke sini,” ujar Nazwan sambil
mengukir senyuman. Namun, siapa yang lihat senyuman itu sudah tentu
faham dengan apa yang dimaksukan oleh Nazwan tadi. Luqman pula
serta-merta duduk diam di tepi.
Arissa
berasa puas. Siapa suruh Luqman cari pasal dengannya. Lagi satu, dia
seorang yang pantang dicabar. Kalau Luqman mencabarnya datang ke
Cameron Highland, memang dia akan datang walau dengan apa sekali pun!
Tiba-tiba,
pandangannya tertumpu ke arah seorang gadis yang asing baginya. Dia
tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini. Mungkin itulah gadis yang
disebut oleh Luqman dalam talian tadi. Api cemburu mula menyala di
matanya.
“Jadi,
kau betul-betul ada date dengan perempuan lain kat sini?” tanya
Arissa sambil memeluk tubuh memandang Nazwan dengan tajam.
“A'ah.
Dan namanya Natasya,” ujar Luqman sambil memperkenalkan gadis yang
tidak bernama tadi.
“Natasya?”
Tiba-tiba Arissa teringatkan Natasya yang sudah lama meninggalkan
mereka. Dia memerhati gadis itu. Boleh tahan cantik juga. Walaupun
rupa paras Natasya yang baru ini tidak sama dengan Natasya yang sudah
tiada, tetapi nama yang dimiliki oleh gadis itu membuat dia rasa
terancam.
“Jadi,
Natasya baru ni nak cuba goda Nazwan? Aku takkan benarkan. Nazwan
milik aku. Selamanya!” ujar Arissa sempat lagi memberikan amaran
kepada Natasya yang baru itu.
“Mengarut,”
jawab Nazwan pendek sebelum sempat Asha ingin bersuara.
Walaupun
pendek, tetapi jawapan Nazwan tadi sudah cukup untuk mengembalikan
senyuman Arissa. “Dah agak dah! Nazwan mana pernah curang dengan
perempuan lain,” soraknya keriangan.
“Siapa
tu?” tanya Nazwan yang memandang ke arah Naufal.
“Hah?
Siapa? Tak ada sesiapa pun. Aku datang seorang dirilah. Mana ada
lelaki lain datang dengan aku,” ujar Arissa mula panik apabila
mereka berdua saling berpandangan. Gerun pula dia melihat pandangan
Nazwan pada Naufal.
Cemburu?
Tiba-tiba sahaja hatinya melonjak gembira.
“Ini
ke Abang Nazwan yang Kak Arissa sebutkan tadi?” tanya Naufal datang
mencelah. “Wahh... patutlah Kak Arissa tergoda, rupa-rupanya Abang
Nazwan dah bertukar jadi handsome!”
“Naufal?”
teka Nazwan.
“Ehh,
Nazwan, kau kenal Naufal?” tanya Arissa yang terkejut apabila
Nazwan dapat meneka siapa gerangan lelaki yang datang bersamanya itu.
“Dah
tentulah. Kitorang pernah main polis entry masa kecik-kecik dulu, kan
Abang Luqman,” ujar Naufal sambil meletakkan sikunya di bahu
Nazwan. Sambil itu sempat dia mengangkat tangan melambai ke arah
Luqman.
“Kau
nampak macam gay bila panggil aku Abang Luqman,” tegur Luqman yang
tidak suka dengan panggilan menjijikan itu. Kalau dahulu boleh lagi
dia terima sebab Naufal masih kecil lagi. Tapi kini tidak lagi.
Apatah lagi bila dia tengok Naufal lebih tinggi daripada dia.
“Kau
datang sini dengan Arissa?” tanya Nazwan kepada Naufal.
“Mmm...
sebenarnya, Kak Arissa yang paksa saya datang sini. Katanya, dia nak
gunakan saya untuk buat Abang Nazwan cemburu. Saya tak nak tapi Kak
Arissa tetap paksa. Dia kata kalau saya tak nak ikut kata dia, dia
akan rogol saya....”
“Naufal!”
Arissa sudah tidak dapat menahan kemarahannya. Patutlah Naufal berani
sahtu cabarannya tadi. Rupa-rupanya budak kecil itu lagi licik
daripadanya. Lantas dia menarik Naufal jauh daripada mereka semua.
“Apa
kau buat ni?” soal Arissa dengan nada marah.
“Sahut
cabaran tadi,” jawab Naufal selamba.
“Dengan
tuduh aku nak rogol kau? Depan semua orang?”
“Memang
betul apa. Tadi masa kat dalam kereta tu....”
“Huh,
hebat betul daya imaginasi kau. Kalau kau serah diri pun aku tak
ingin, tahu tak!” tegas Arissa dan dikuti dengan bersin beberapa
kali. Sejuk semacam tubuhnya ketika itu. Tiba-tiba, Arissa merasa ada
seseorang meletakkan baju sejuk pada bahunya. Dia pantas berpaling.
“Nazwan,”
tersenyum lebar bibirnya apabila menyedari baju sejuk itu datang
daripada Nazwan.
“Luqman,
aku tak dapat join korang. Korang pergi jelah tanpa aku,” kata
Nazwan sekali gus membuatkan Arissa bersorak riang.
Tiba-tiba,
satu jentikan hinggap di dahinya oleh Nazwan. “Sakit!” Arissa
mengaduh dengan manja.
“Lain
kali jangan bertindak tanpa berfikir. Dah tahu badan tu masih demam
lagi, duduk ajelah dekat rumah,” kali ini Nazwan pula menyambung
leteran Naufal.
“Dah
orang cabar, aku datanglah,” balas Arissa sambil menjeling ke arah
Luqman.
“Aku
pun, dah ada orang cabar, aku pun sahut ajelah,” ujar Naufal.
“Naufal,
diam!” serentak Arissa dan Nazwan bersuara.
***
“Budak
perempuan tadi tu girlfriend Nazwan?” tanya Asha ketika kereta yang
dipandu oleh Luqman bergerak ke destinasi yang ingin mereka tuju
tanpa Nazwan. Semuanya kerana Arissa yang mula buat perangai. Kalau
tidak rancangan Luqman sudah berjalan dengan lancar.
“Boleh
dikatakan,” jawab Sarah.
“Macam
mana Nazwan boleh suka dengan perempuan tak matang macam tu? Gedik
sangat! Lepas tu, berani pulak dia bagi amaran dekat aku. Huh, kalau
diikutkan hati memang dah tampar budak tak cukup umur tu,” ujar
Asha meluahkan segala yang tidak puas hati.
Macam
mana dia tidak puas hati, baru sahaja berjumpa sudah tuduh yang
bukan-bukan. Siap bagi amaran lagi. Memang dia akui Nazwan ada rupa,
tetapi dia belum sampai tahap hendak menggoda Nazwan. Tapi bila
perempuan seperti Arissa tadi muncul dengan menuduhnya yang
bukan-bukan, dia mula menyimpan rasa tidak puas hati.
“Arissa
memang macam tu. Dulu dia okey saja berkawan dengan Nazwan tapi tak
tahu apa yang dah berlaku, tiba-tiba saja dia nak pikat Nazwan. Dia
tu macam playgirl. Sekejap bercinta, tak lama kemudian putus dan
carik mangsa lain. Kitorang dah cuba nasihatkan dia supaya cari
lelaki lain kalau nak main-main dengan Nazwan tapi dia dengan
perangai degilnya. Kitorang pun dah tak tahu nak buat apa,” terang
Sarah.
“Nazwan
sukakan dia?” tanya Asha.
“Entah,”
jawab Luqman. “Nazwan pun satu hal. Sejak kekasih dia meninggal
dulu, dia macam dah jadi orang lain. Kalau kau nak tahu, nama kau
sama dengan nama kekasih dia. Aku ingat, bila dah kenalkan dia pada
kau, dia akan lupakan Arissa tapi lain pula yang berlaku.”
“Jadi,
kau sengaja bawa dia ke sini untuk kenalkan aku dengan Nazwan?”
tanya Asha.
“Lebih
kurang.”
“Aku
dah kata, rancangan kau tu memang tak boleh pakai,” ujar Sarah
masih lagi tidak puas hati dengan Luqman. “Lagi satu, kenapa kau
pandai-pandai sangat beritahu Arissa yang kita pergi Cameron
Highland?”
“Mana
aku tahu dia berani naik atas ni.”
“Dia
tu, memang pantang dicabar, takkan kau tak tahu dengan perangai
Arissa? Sekarang, rasakan.”
“Nanti.
Nanti,” Natasya di belakang bersuara meleraikan perbalahan mereka.
“Kau orang memang tak suka budak hingusan tu dengan Nazwan ke?”
Keduanya
serentak mengangguk.
“Kenapa?”
“Aku
cuma nak Nazwan berjumpa dengan seseorang yang setanding dengan
kekasihnya dulu. Yang boleh buat Nazwan gembira. Arissa pula,
langsung tak dapat buat Nazwan gembira. Dia hanya akan berikan Nazwan
masalah,” terang Sarah meluahkan jawapan sebenarnya.
“Aku
pula tak nak perempuan macam Arissa masuk dalam keluarga kami,”
jawab Luqman pula.
“Kalau
macam tu... aku boleh selesaikan,” ujar Asha sambil tersenyum
sinis.
***
Hachum!!
Entah
kali ke berapa dia melepaskan bersin sehingga tidurnya juga terganggu
tadi. Demamnya yang baru sahaja sembuh pagi tadi, kembali datang
menganggu kesihatannya. Teruk dia kenal dengar bebelan Nazwan. Bukan
sahaja Nazwan, Naufal juga turut bersetongkol dengan Nazwan
menyerangnya dengan bebelan demi bebelan. Naik pening kepalanya
mendengar mereka membebel. Daripada perjalanan hendak ke klinik,
sehinggalah balik ke resort semula mereka berdua tidak henti
membebel. Akhirnya dia tertidur kepenatan.
“Minum
ni,” sapa Nazwan sambil memberikan sebotol air mineral. “Lepas tu
jangan lupa makan ubat,” tambah Nazwan lagi.
Tidak
perlu disuruh banyak kali, Arissa segera mencapai ubat yang diberi
oleh doktor petang tadi. Selepas makan ubat, dia kembali berbaring.
“Tadi
Mama Fiza ada call. Lebih baik kau call dia balik. Dia tengah risau
tu,” ujar Nazwan yang duduk bersandar di tepi katilnya.
“Dia
tahu aku demam lagi?” tanya Arissa.
“Mestilah.”
“Hah?
Kenapa kau beritahu?”
“Habis
tu, aku nak bohong apa lagi? Bila dia tahu aku jawab handset kau dah
tentu-tentulah dia akan soal macam-macam.”
“Cakap
jelah aku pergi tandas.”
“Berapa
jam kau tidur tadi? Takkan aku nak beritahu yang kau ada dalam tandas
setiap kali Mama Fiza telefon? Fikrilah logik sikit.”
“Ini
semua Nazwan punya pasal,” rungut Arissa perlahan.
“Ya,
semua Nazwan punya pasal. Lain kali, guna sikit otak tu. Takkan hal
macam ni pun kau nak menggelabah sampai sanggup naik Cameron
Highland? Dah tahu tempat ni sejuk lagi nak cari nahas!”
“Kau
pun sama! Ikut sangat cakap Luqman. Kau tak tahu ke yang aku risaukan
kau? Aku takut kau pun jatuh sakit dekat sini.”
“Aku
hanya akan jatuh sakit, bila kau jatuh sakit, faham?”
“Faham,”
jawab Arissa lambat-lambat. Bila dengan Nazwan, dia memang kalah
habis. Sekuat mana pun dia cuba bertahan, dia tetapi kalah.
“Aku
tak ada apa-apa dengan perempuan tu,” beritahu Nazwan. Jawapan
Nazwan tadi sudah cukup mengembalikan senyuman Arissa. Bukan senyuman
sahaja, tenaganya yang hilang tadi juga mula berkumpul semula.
“Luqman memang suka memaksa aku tapi itu tak bermakna aku mudah
jatuh ke dalam perangkapnya. Aku tahu apa yang dia fikir. Kau jangan
risaulah. Lain kali kalau Luqman buat lagi perkara macam ni, jangan
cepat sangat terperdaya. Macamlah aku ni mudah sangat jatuh cinta.”
“Mana
tahu kalau tiba-tiba kau terjatuh cinta dengan perempuan tu. Sudahlah
namanya sama dengan nama Natasya,” balas Arissa.
“Kalau
rupanya sama dengan rupa Natasya pun, belum tentu aku akan jatuh
cinta padanya,” ujar Nazwan.
Arissa
mengukir senyuman. Dia mengeluh lega. Sejak dari pagi tadi, barulah
dia dapat menghela nafas lega. Semuanya Luqman punya pasal. Tapi dia
tetap berterima kasih kepada Luqman kerana memberitahu percutian
mereka itu. Dapat juga dia berjumpa Nazwan setelah beberapa hari
tidak berjumpa. Terubat rindunya.
“Nazwan,
boleh aku tanya sesuatu?” tanya Arissa setelah lama mereka
mendiamkan diri.
“Mmm?”
“Apa
yang sebenarnya yang sudah berlaku pada malam tu?” tanya Arissa
akhirnya memberanikan diri bertanya.
“Malam
apa?”
“Malam
Natasya meninggal dunia. Aku tunggu salah seorang daripada kau orang
bertiga beritahu apa yang berlaku tapi sampai sekarang tiada seorang
pun yang nak berkongsi dengan aku perkara yang sebenar. Aku nak tahu,
apa yang dah berlaku pada Natasya pada malam tu. Betul ke dia bunuh
diri seperti gosip yang aku dengar?” tanya Arissa.
Nazwan
langsung tidak bersuara. Lama juga Arissa tunggu tetapi satu bunyi
pun dia tidak dengar daripada Nazwan. Namun, dia tidak berputus asa.
“Dia
ada telefon aku malam tu dan marah-marah. Aku tak faham kenapa dia
marah aku. Gaya dia marah macam dia takut aku nak rampas kau daripada
dia. Serius, aku tak pernah ada perasaan pada kau sebelum tu. Aku
memang suka bila kau orang bersama. Tapi bila dia pergi dengan
tiba-tiba... aku rasa bersalah. Rasanya macam aku dah buat salah
dengan dia. Rasanya macam aku yang menyebabkan dia meninggal dunia,”
tambah Arissa lagi meluahkan apa yang disimpan selama ini.
Namun,
tiada sebarang reaksi yang diterima daripada Nazwan. Nazwan hanya
duduk di tepi katilnya dengan senyap. Arissa menghela nafas panjang.
Nampak gayanya Nazwan memang tidak berminat hendak bercakap tentang
hal itu. Rasanya, cukup sampai di sini sajalah dia memaksa Nazwan.
“Ah,
Nazwan, laparlah. Apa kata kalau kita pergi makan? Kau tahu, sejak
pagi tadi aku hanya makan maggie saja,” ujar Arissa sambil bangun
dari baringnya. Memang betul perutnya sudah berkeroncong. Mungkin
itulah yang menjadi punca dia hilang tenaga sepanjang hari ini.
“Kenapa
kau rahsiakan hal Natasya daripada aku?” tanya Nazwan yang mula
bersuara.
“Hah?
Hal apa?”
“Apa
yang dia pernah buat masa dia jadi model dulu,” kata Nazwan lagi.
Arissa
mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang sedang mereka bincangkan.
Rasanya dia tidak menyimpan rahsia besar tentang Natasya daripada
Nazwan.
“Kau
bercakap tentang apa?” tanya Arissa.
“Tentang
ni,” ujar Nazwan sambil memberikan handset miliknya kepada Arissa.
Handset Nazwan tadi bertukar tangan. Arissa melihat beberapa keping
gambar yang menyerupai seseorang. Bila diperhatikan, barulah dia
mengenali gambar itu. Itu adalah gambar separuh bogel Natasya yang
pernah dilihatnya dulu.
“Mana
kau dapat gambar ni?” tanya Arissa terkejut apabila gambar itu
berada di tangan Nazwan.
“Tengoklah
siapa yang hantar,” kata Nazwan tanpa berperasaan.
Jari
jemari Arissa lantas menekan butang pada hanset Nazwan untuk melihat
siapa yang berani menghantar gambar itu. Kalau benar gambar itu
dihantar kepada Nazwan dengan tujuan untuk memusnahkan hubungan
mereka dahulu dan sekali gus membawa kepada kematian Natasya, memang
dia tidak akan maafkan orang itu.
“Ini...,”
jari-jemarinya kaku apabila melihat nombor pengirim mesej bergambar
itu. “Ini nombor aku!”
hohoho... sape dajalkan arissa ni..