Peraturan Blog ini

Baca BOLEH
Puji BOLEH
Komen BOLEH
Kutuk BOLEH
Tiru TAK BOLEH
Copy & paste (entry) TAK BOLEH

Sountrack

About the Blog

Blog ini diwujudkan sejak awal tahun 2008 dengan tujuan untuk berkongsi karya-karya saya kepada penggemar novel dan sesiapa sahaja yang berminat penulisan novel. Kesemua enovel atau karya dalam blog ini adalah kepunyaan hak mutlak saya dan saya harap tiada pihak yang menyalahgunakan karya-karya dalam blog ini dengan menyalin dan menampalnya di dalam blog lain atas apa tujuan sekalipun.

Adalah dinyatakan juga, kesemua karya dalam blog ini kemungkinan akan diterbitkan dalam versi cetak. Jadi, saya tidak akan meletakkan kesemua bab untuk sesebuah enovel. Kemungkinan juga versi enovel tidak akan sama 100% seperti versi cetak. Oleh yang demikian, apa yang anda baca dalam blog ini adalah idea asal manakala apa yang anda baca dalam versi cetak adalah idea terbaharu.

Sebarang pertanyaan mengenai enovel dan novel akan datang, anda boleh bertanya di Facebook saya atau emelkan pertanyaan anda kepada ratu.bulan.antasya@gmail.com.

Harap maklum ^_^


Pengikut

JOM LEPAK!

JOM LEPAK!
klik pada gambar

10 Januari 2012

9: EKSPERIMEN (PART 2)



'Jangan-jangan dia ni...,' hatinya bersuara.

Kepingan-kepingan ingatan lama mula menerjah kembali memorinya. Sekian lama dia membuang ingatan itu tetapi entah kenapa dengan kehadiran seorang gadis yang tidak dikenali secara dekat itu berjaya membuatkan kepingan ingatan itu muncul kembali.

Indah mendengus marah. Dengan tenaga dan kemahiran seni pertahankan diri yang ada padanya, dia berjaya merampas pisau dari tangan Ana dan menghadiahkan satu tumbukan padu pada pipi Ana sehingga perempuan itu hampir terjatuh.

“Aku tak tahu kau datang tadi planet mana tapi aku pelik, takkan jeneral dari planet kau tak pernah ajar asas perang? Sebelum lakukan serangan, kau patut siasat siapa dan apa kelebihan dan kekurangan musuh kau,” ujar Indah sambil mencampak pisau yang dirampasnya tadi ke dalam tong sampah di sebelahnya.

“Kau diam!” Ana yang semakin tidak dapat mengawal dirinya itu berlari melulu ke arah Indah.

Tiba-tiba, muncul seorang lelaki menghalang Ana dari terus mara. Sekali lagi Indah terkejut. Bukan terkejut kerana dia mengenali lelaki itu sebagai teman lelaki Ana tetapi kerana lelaki itu tiba-tiba berdiri di hadapannya. Mata lelaki itu tepat memandang matanya. Dan kemudian, dunianya menjadi gelap gelita.

***

“Indah!” panggil satu suara dari jauh.

“Indah!” suara itu lagi. Tapi kali ini dia terasa suara itu semakin dekat.

“Indah! Bangun!” Kemudian, pipinya terasa ditampar seseorang.

Perlahan-lahan dia mencelik mata. Pandangannya agak kabur dan dia terpaksa menunggu lebih kurang lima saat, barulah dia dapat melihat wajah Hero dengan jelas. Kemudian, dia terpandang wajah Haslina dan Riana turut berada di situ.

“Apa kau orang buat kat sini?” tanya Indah sambil bangun dibantu oleh Riana.

Soalannya tidak dijawab oleh mereka sebaliknya mereka bertiga memandangnya dengan penuh kehairanan. Baru dia ingin bertanya lagi, Indah mula mendapati dirinya berada di dalam tandas.

“Oh my… aku tidur dalam tandas?” soalnya sambil cepat-cepat bangun dari duduknya. Dia cuba berfikir tetapi otaknya kosong. Dia sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa dia berada di tandas dan kenapa dia boleh tertidur dalam tandas.

“Apa dah berlaku?” tanya Hero yang penuh kerisauan. “Kenapa kau boleh terbaring kat sini?”

“Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu sepatutnya aku tanya kau, macam mana kau boleh jumpa aku terbaring kat sini?” tanya Indah kepada Hero pula.

“Kami cari kau,” jawab Riana.

“Ya. Hampir tiga jam,” sambung Hero.

“Kami ingat kau dah balik rumah tapi selepas nampak kereta kau masih ada lagi kat depan fakulti, kami mula cari kau,” tambah Haslina.

“Macam mana kau boleh pengsan kat sini?” tanya Hero yang dari tadi tidak puas hati apabila Indah tidak memberikan jawapan yang dikehendaki.

“Aku tak pengsan… aku…,” Indah terus hilang kata-kata. “Arghh!! Apa mimpi aku tidur kat dalam tandas!” Dia mendengus tidak puas hati apabila langsung tidak dapat mengingati apa yang dibuatnya sebelum ini.

***

“Kenapa kau halang aku dari bunuh Indah? Walaupun kau dah pengaruhi ingatan dia tapi lambat-laun dia akan ingat juga. Sebelum dia ingat kembali, lebih baik aku bunuh dia!” jerit Ana bagaikan orang gila memarahi Ezlan.

“Lepas kau bunuh dia, kau nak buat apa?” soal Ezlan merenung mata Ana dengan tajam. “Kau ingat dengan bunuh dia kau boleh dapatkan kembali hidup kau yang lalu? Kau kena ingat, apa tujuan kita berada di sini dan aku tak nak kau sia-siakan pengorbanan Ilyas selama ni!” tambah Ezlan sambil cuba mengawal barannya.

Ana terdiam. Ilyas. Nama tu, sudah lama dia tidak mendengarnya. Lama juga dia tidak melihat lelaki itu. Lelaki yang pernah menyintainya dengan sepenuh hati tetapi malangnya, dia mensia-siakan kehadiran lelaki itu. Semuanya gara-gara lelaki itu sentiasa menghalang pergerakannya. Ke mana dia pergi pasti Ilyas akan mengekorinya. Apa yang dia buat, pasti Ilyas akan menghalangnya. Dan kali terakhir dia membuat perangai, kali itulah Ilyas hilang dari pandangannya. Sejak itu, dia amat menyesal. Itulah yang ditakuti oleh Ilyas dan itulah yang ditakuti olehnya saban hari.

Kembali ke Operasi Hidup!

“Apa aku dah buat?” kata Ana yang bagaikan hilang tenaga untuk berdiri. Akhirnya dia terduduk di sofa ruang tamu rumah yang disewanya itu. “Ezlan…,” dia memandang Ezlan seperti inginkan penjelasan.

“Fasa ke-2. Tanpa kau sedar, apa yang membuatkan kau bertindak melulu tadi adalah disebabkan kau dah masuk fasa ke-2. Fasa yang mana kau dah tak mempunyai hati seperti manusia biasa lagi. Kalau kau tak reti mengawal diri kau sendiri, bila-bila masa saja kau akan hilang identiti kau. Kalau tu berlaku, aku takkan teragak-agak bunuh kau,” ujar Ezlan serius.

“Apa yang perlu aku buat?” tanya Ana ketakutan. Dia tidak mahu hilang identiti. Dia ingin jadi Ana dan hidup seperti manusia lain.

“Buat masa ni, lebih baik kau jangan keluar rumah. Kau kena belajar kawal diri dulu,” arah Ezlan.

“Tapi, Indah….”

“Rakaman CCTV tu tak ada pada Indah.”

“Macam mana kau pasti bukan Indah yang ambil?”

“Masa aku pengaruhi fikiran dia tadi,” jawab Ezlan. Jawapan Ezlan itu sudah dapat menyakinkan Ana, tetapi Ana masih tidak puas hati lagi. Kalau Indah tiada rakaman CCTV itu, siapakah lagi yang memilikinya?

“Jadi, kalau bukan Indah… siapa yang ambil?” tanya Ana.

“Hanya seorang yang aku syak sekarang,” kata Ezlan dengan penuh yakin.

***

Zarul mengukir senyuman. Melihat senyuman Zarul yang bagaikan makhluk katak tersenyum, membuatkan Indah ingin menghadiahkan lelaki itu dengan tumbukan padu. Turun sahaja dari kereta, Indah terlihat Zarul di pekarangan rumah yang dihuninya sejak beberapa hari yang lalu.

“Sesat jalan?” tegur Indah dengan nada menyindir. “Kalau kau sesat, aku boleh lakarkan peta untuk kau pulang ke rumah.”

Zarul tidak menjawab tetapi sebaliknya masih tersenyum.

“Wahai Prince Charming segala alam, aku tahu senyum tu satu sedekah dan jangan risau, tanpa senyuman kau, aku masih boleh hidup dengan baik dan buktinya seperti mana yang kau tengok sekarang,” kata Indah lagi.

“Aku tak tahu kenapa, tapi bila aku tengok kau mesti bibir aku tak boleh kedekut bagi senyuman,” manis mulut Zarul berkata.

“Nice try, Zarul. Tapi meter cinta aku tetap di paras negatif. Kau patut fikirkan ayat lain yang lagi power tuk naikkan meter tu,” balas Indah yang sudah lali dengan kata-kata manis lelaki.

“Lain kali aku akan fikirkannya. Itupun kalau aku rasa kau dah jadi Juliet dalam hidup aku,” balas Zarul selamba. Indah sekadar mengukir senyuman. Zarul betul-betul sedang menguji dirinya dan dia akan pastikan dia tidak masuk ke dalam mana-mana perangkap Zarul.

“Aku dengar tentang kejadian semalam,” ujar Zarul seperti teragak-agak ingin berkata selanjutnya.

“Kau tak perlu rasa bangga dengan kejadian tu sebab aku pasti bukan peminat fanatik kau punya kerja,” ujar Indah dengan nada menyindir.

Kedengaran satu keluhan dari Zarul.

“Aku tak tahu kenapa kau benci kat aku tapi aku cuma nak kau tahu, aku gembira kau selamat,” ucap Zarul dengan penuh ikhlas.

“Wahai Putera Macho tak bertempat, kau tahu apa yang membuatkan perempuan seperti aku amat-amat bencikan orang species macam kau ni?” soal Indah

“Bergantung sama ada kau nak beritahu atau tak,” balas Zarul

“Jawapannya apa yang ada di hadapan aku sekarang.”

“Sekarang?” tanya Zarul sambil melihat dirinya sekarang.

Rasanya dia tidak memakai baju terbalik dan yang penting sekali dia sudah zip seluarnya. Sekali lagi dia memandang Indah, inginkan penjelasan lanjut.

“Kau patut beli cermin yang besar dan cermin diri sendiri,” ujar Indah sebelum berlalu masuk ke dalam.

Zarul memandang Hero yang sekadar memerhati dari jauh.

“Maksud Indah, dia benci dengan diri kau sekarang. Berpura-pura ambil berat tentang dia dan berpura-pura berlagak hero depan dia. Kau patut jadi diri sendiri dan bukannya jadi orang lain bila berhadapan dengan dia,” terang Hero sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Zarul menghela nafas panjang.

“Perempuan... memang melecehkan,” ujarnya sendirian sebelum berlalu masuk ke dalam kereta.

***

“Cik Zahira nak jumpa saya?” soal Riana sebaik melangkah masuk ke dalam bilik Cik Zahira. Soalannya itu di jawab dengan anggukkan.

“Tentang apa yang berlaku semalam, saya tak nak awak masukkannya dalam buletin.”

“Tapi...”

“Kalau berita tu disiarkan, saya takut universiti ni akan jadi tumpuan orang luar, saya tak suka kalau perkara tu terjadi,” tambah Zahira lagi.

“Saya faham tapi apa yang berlaku semalam bukan sesuatu perkara biasa. Indah hampir kena bunuh....”

“Awak pasti ada orang yang cuba bunuh dia? Meja tu... kalau awak berganding bahu dengan saya pun, kita takkan dapat angkat meja tu,” potong Zahira.

“Saya tahu sebab tulah saya nak siasat macam mana perkara tu boleh terjadi. Saya ada beberapa kemungkinan....”

“Simpan saja kemungkinan awak tu. Arahan saya muktamat,” ujar Zahira tegas.

“Baiklah, apa kata saya siasat perkara ni terlebih dahulu dan bila saya dah jumpa bukti kukuh, saya akan laporkan kepada Cik Zahira dan pada masa tu terpulang kepada Cik Zahira sama ada nak perkara tu disiarkan atau tak.” Riana sekali lagi cuba memujuk Cik Zahira.

“Riana, awak kenal saya, bukan? Saya tak layan tawar menawar. Kalau saya kata muktamat, maknanya muktamat. Faham?” tegas Zahira.

Riana mengangguk faham.

“Lagi satu, kalau saya kata muktamat, bukan saja berita tentang tu tak boleh disiarkan tapi segala siasatan tentang kejadian tu turut dihentikan,” tambah Zahira lagi.

Sekali lagi Riana mengangguk lemah.

“Saya dah habis cakap, awak boleh keluar sekarang,” arah Zahira kembali menyambung menghadap laptop di hadapannya. Riana hanya menuruti tanpa berani bersuara lagi.

Selepas memastikan Riana keluar dari biliknya, Zahira mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon seseorang. Lama dia menunggu, akhirnya taliannya disambut oleh satu suara lelaki.

“Aku dah jumpa salah seorang subjek kita yang melarikan diri tu,” kata Zahira sambil merenung tepat skrin laptopnya itu. “Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka dah menyelinap masuk ke sini,” tambahnya lagi. Satu senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat rakaman CCTV itu dengan jelas bagaimana seorang gadis mengangkat sebuah meja yang besar dan berat dan membalingnya ke bawah.

***

“Macam mana boleh jadi macam tu?” tanya Pak Cik Rahman kepada Indah, anak saudaranya itu, sewaktu mereka selesai makan malam bersama.

Indah sekadar mengangkat bahu. Kalau diikutkan, sudah berbuih mulutnya menjawab soalan itu. Dia tidak tahu. Itu jawapan yang paling tepat. Kalau dia tahu bagaimana dia boleh terbaring di dalam tandas, sudah pastinya dia menceritakan dengan lebih terperinci tapi masalahnya dia tidak tahu!

“Papa Indah dah tahu pasal ni?” tanya Pak Cik Rahman lagi.

“Saya rasa papa pun tak nak tahu tentang hal kecil macam ni,” jawabnya seraya mencapai buah epal merah dari peti ais.

“Pasal kejadian semalam?” tanya pak ciknya lagi.

Indah sekadar menggeleng.

“Kau hampir kena bunuh dan kau langsung tak beritahu papa kau tentang tu?” Hero bersuara.

“Kalau aku beritahu papa pun, dia bukannya boleh buat apa. Lagipun, papa aku takkan rasa terkejut bila dapat berita macam ni sebabnya sejak dari aku kecil lagi, nyawa aku memang dah terdedah dengan bahaya,” balas Indah tidak bersetuju.

“Tapi, dia papa kau. Walaupun kau rasa papa kau tak boleh buat apa tapi sekurang-kurangnya dia mesti tahu apa yang dah terjadi pada kau kat sini,” balas Hero lagi.

“Hero, kau tak kenal papa aku. Dia bukannya macam ayah dan ibu di hadapan kau sekarang. Kalau tak, dah lama aku tak jejak ke tanah Nusantara ni,” ujar Indah masih berkeras hati. “Okey, lebih baik kita lupakan apa yang berlaku dan saya mintak jangan risaukan saya sebab saya bukan budak-budak lagi. Saya pandai jaga diri sendiri dan Hero... hari ni tak ada siaran langsung bola sepak, jadi kau tak ada alasan lagi untuk tidur kat ruang tamu.”

Mendengar kata-kata Indah tadi Hero sekadar mengukir senyuman sinis. Begitu juga dengan Indah yang tidak mahu mengaku kalah.

“Okey, kalau macam tu, aku harap kau boleh tidur dengan nyenyak hari ni,” balas Hero.

“Dah tentunya. Pak cik, mak cik, saya naik ke bilik dulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” ujar Indah dan berlalu mendaki anak tangga untuk ke biliknya.

“Orang masih tak faham dengan dia,” ujar Hero sambil menolong ibunya mengambil pinggan-pinggan kotor untuk ibunya basuh.

“Kamu berdua baru saja kenal, memang ambil masa sikit nak sesuaikan diri dengan orang lain,” balas Puan Badariah.

“Tapi dia tu lain sikit, tak macam perempuan yang orang pernah jumpa sebelum ni,” tambahnya lagi.“Ibu tahu kenapa mama dia tinggalkan dia sejak kecil lagi?”

“Urusan orang dewasa, kamu takkan faham,” jawab ibunya tenang. “Lagipun semua tu dah tak penting lagi. Apa yang penting sekarang, berikan Indah masa untuk sesuaikan diri dengan suasana di sini,” tambah ibunya lagi.

“Hero,” sapa ayahnya pula. “Kamu tahu kenapa Uncle Razak hantar Indah ke sini?”

“Kenapa?”

“Sebab dia sayangkan Indah. Walaupun dia tahu kemampuan Indah yang boleh hidup berdikari tapi dia tetap risaukan keselamatan Indah. Biasalah bagi orang yang berpangkat tinggi, lebih-lebih lagi perlu menjaga keamanan negara memang ramai musuh. Uncle Razak mungkin gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Indah tapi dia tetap berusaha untuk pastikan anaknya selamat. Begitu juga dengan ayah dan ibu, kami sayangkan kamu dan kami harap kamu tak lakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawa kamu.”

“Maksud ayah?”

“Hentikan menyiasat perkara ni. Kita tak tahu apa sebenarnya berlaku. Sekali kamu mara, mungkin susah kamu nak berpatah balik,” tambah ayahnya lagi.

***

“Aku dalam perjalanan ke tempat kau. Setengah jam lagi aku akan sampai,” ujar Zahira bercakap melalui telefon bimbitnya sambil memandu kenderaannya menyusuri jalan raya yang gelap dan lenggang itu.

Panggilan ditamatkan tidak lama kemudian. Pandangannya dialih ke arah sebuah beg bimbit di tempat duduk di sebelahnya itu. Bibirnya mengukir senyuman, tidak sangka, orang yang diburu selama ini berada berdekatan dengannya. Mungkin selepas ini, dia dapat menjejak beberapa lagi yang masih bebas di luar sana.

Tiba-tiba kereta yang dipandunya itu di halang oleh sebuah kereta hitam setibanya di persimpangan. Kakinya bertindak pantas memijak brek. Hon dibunyikannya. Disangkanya pemandu mabuk yang memandu kereta melulu tetapi sangkaannya salah apabila melihat tiga orang lelaki bertopeng keluar dari kereta tersebut.

Zahira lantas memasukkan gear undur tetapi malangnya sebuah kereta menghalang laluannya di belakang. Belum sempat dia hendak berbuat apa-apa, salah seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap dan mengambil beg bimbit yang terletak di sebelah tempat duduknya itu. Dia cuba merampas beg bimbit itu tetapi tenaga perempuannya ternyata tidak setanding dengan perompak itu.

Tiba-tiba dia tergamam apabila salah seorang mengacukan pistol ke arahnya. Satu tembakan dilepaskan tanpa teragak-agak. Zahira meraung kesakitan apabila tembakan itu terkena pada lengannya. Dan dalam sekelip mata, perompak itu meninggalkan tempat itu membiarkannya menanggung kesakitan seorang diri.

***

Seorang lelaki lewat 30an, berkaca mata melangkah masuk ke dalam wad yang dimaklumkan kepadanya. Kelihatan seorang doktor sedang bercakap sesuatu kepada Zahira yang baru sahaja menerima rawatan selepas ditembak. Dia tidak perlu menunggu lama apabila doktor lelaki yang merawat rakannya itu meminta diri tidak lama selepas dia masuk.

“Macam mana?” tanyanya.

“Sasaran mereka pada rakaman tu,” jawab Zahira masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tadi. Dia sepatutnya bertindak lebih agreasif dan merampas beg itu kembali.

“Mmm... aku tak sangka ada juga orang lain yang tahu pasal ni,” ujar lelaki itu mula mengesyaki sesuatu.

“Ini bukan seperti apa yang kau sangka, Johan. Rakaman tu sangat berharga bagi aku dan tak mungkin aku nak berpura-pura aturkan rancangan supaya aku nampak seperti diserang. Lagipun, kita berdua dah lama bekerjasama dalam hal ni dan kau patut tahu apa yang aku nak,” kata Zahira menafikan bahawa dia terlibat dalam rampasan itu. “Lagipun, aku tahu siapa punya kerja,” tambah Zahira lagi.

“Kalau macam tu, kau selesaikan 'perompak' tu dan aku akan uruskan buruan kita,” ujar Johan sebelum melangkah keluar dari wad tersebut dan berjalan pantas menuju ke keretanya yang terletak di luar pekarangan hospital.

“Macam mana?” tanyanya kepada seorang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu teragak-agak menghulurkan laptop yang sudah terpasang. “Apa ni?” tanyanya apabila cerita kartun muncul di skrin laptopnya itu.

“Kita ditipu. CD tu palsu,” ujar lelaki di sebelahnya itu.

“Jahanam punya perempuan!”


1 komen:

nani jurainie berkata...

komen saya... terlalu best..(^^)

~Segalanya Tentang Cinta dan Bulan~