Kaki
Indah melangkah pantas menghampiri sebuah kolam renang yang terletak di
bahagian tengah rumah banglo mewah itu sambil seorang lelaki separuh abad yang
membuka pintu untuknya tadi cuba menghalangnya daripada memasuki rumah itu. Langkahnya
terhenti sebaik melihat seorang kelibat Zarul sedang bermandi manda dengan
beberapa perempuan cantik yang hanya berbikini. Satu keluhan dilepaskannya.
Jika
dia mempunyai ‘tiket’ untuk membelasah Zarul sekarang sudah semestinya dia
lakukan sekarang. Tidak perlu ditunggu-tunggu lagi. Tapi memandangkan ‘tiket’
untuk dia membelasah orang sudah ditarik balik oleh papanya, terpaksalah dia
bersabar.
“Indah,”
sapa Zarul sebaik menyedari kehadiran Indah. “Oh, tentang perjumpaan tu…”
“Jangan
risau, kau dah lambat selama dua jam,” jawab Indah.
Zarul memberi isyarat kepada Pak Cik Taha yang
berdiri di sebelah Indah. Melihat wajah lelaki tua yang menjaganya sejak kecil
itu, dia tahu Pak Cik Taha sudah berusaha menghalang gadis itu daripada masuk
ke dalam.
Menyedari
isyarat daripada Zarul, Pak Cik Taha mengangguk faham. Dia kemudiannya
melangkah pergi menyambung kerjanya yang terganggu tadi.
“Excuse
me ladies,” ucap Zarul kepada gadis-gadis di sekelilingnya berlalu naik ke
atas. Sehelai tuala putih dicampak oleh Indah kepadanya.
“Kau
ada masa lima minit untuk bersiap. Aku tunggu kau di ruang tamu,” ujar Indah
sebelum mengorak langkah.
“Kau
tahu tak,” suara Zarul membantutkan langkah Indah. Sebaik Indah berpaling,
Zarul mula menyambung, “Aku tuan rumah ni, jadi aku yang sepatutnya buat
keputusan. Jumpa di meja makan.”
“Apa-apa
sajalah,” balas Indah yang malas hendak bertekak dengan orang macam Zarul hanya
semata-mata perkara kecil.
Indah
sekali lagi memandang pelik apabila Pak Cik Taha menghidangkan beberapa jenis
lauk-pauk di atas meja makan. Dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkinkah ini alasan Zarul yang mahu perbincangan itu diadakan di meja makan?
Belum sempat dia hendak mengagak jawapan tersebut, akhirnya selepas 15 minit,
Zarul muncul juga di meja makan.
“Bagus.
15 minit kau perlukan untuk memakai baju T dan seluar. Aku ingat kau akan turun
dengan muka bercelak, bibir berlipstik dan pipi berbedak setebal 4 inci,” tegur
Indah sambil tersenyum sinis.
“Huh,
aku tak tahu ada dapat partner yang tahu berlawak,” balas Zarul sambil mencapai
sudu dan garfu.
“Dan
apa semua ni?” tanya Indah merujuk kepada makanan yang terhidang di atas meja
itu.
“Makanan.
Aku tak tahu kau suka makan apa. Jadi, aku harap kau suka makan dengan semua
yang terhidang atas meja ni,” selamba Zarul menjawab.
“Aku
tahu ni makanan tapi aku datang sini bukan untuk minta sedekah. Kita perlu
bincang pasal assignment!”
“Aku
tak suka membazir masa dengan berbincang saja,” jawab Zarul sambil mengunyah
hidangan yang disediakan pada tengah hari itu.
“Wahai
Prince Charming segala alam, bermandian dengan gadis-gadis jelita tadi bukan
salah satu perkara yang membazirkan masa ke?” soal Indah dengan sinis.
Satu
senyuman sinis terukir di bibir Zarul.
“Mari
aku ajar kau tentang makna buang masa. Buang masa adalah sesuatu perkara yang mana
kita buat tanpa mendatangkan apa-apa manfaat. Memang betul aku mandi dengan
gadis-gadis jelita tadi tapi dalam masa yang sama aku dapat buang segala daki
dekat badan aku. Jadi, itu bukan salah satu perkara yang membuang masa. Sama juga
dengan makan. Kalau kita berbincang tanpa makan, itu membuang masa namanya
sebab bila habis berbincang, perut mesti lapar dan kita akan buang masa dengan
menjamah makanan,” hujah Zarul menyangkal sama sekali dakwaan sinis Indah tadi.
“Teori
mana yang kau guna tu?”
“Original.
Kau boleh sebarkannya kalau kau nak. Aku tak akan kenakan apa-apa bayaran tapi
kalau orang tanya dari mana kau dengar teori bernas tu, pastikan kau sebut nama
aku,” balas Zarul seakan cuba mempermainkannya.
“Macamlah
aku kisah dengan semua tu,” balas Indah malas hendak bertikam lidah dengan
Zarul. Baginya, apa yang dia perlu buat sekarang adalah siapkan assignment ini
secepat mungkin dan berambus dari rumah itu.
“Kau
tahu tak, kaulah orang pertama yang berani datang sini semata-mata nak
berbincang tentang assignment yang kacang tu,” ujar Zarul sambil memetik jari.
Menyirap juga Indah apabila Zarul melabelkan assignment yang diterimanya itu
senang bagaikan ‘kacang’!
“Orang
kaya macam kau memang anggap semua benda di sekeliling kau senang.”
“Ya,
macam kau,” ujar Zarul lagi.
“Macam
aku?” Indah tidak dapat memahami maksud Zarul.
“Maksud
aku,” Zarul meletak kedua sudu dan garfunya dan berdiri di belakang Indah.
Indah
mula menduga sesuatu yang tidak kena dengan Zarul dan dugaannya tepat sekali
apabila Zarul tanpa segan silu mengusup-usup tangannya. Ulat bulu sudah naik
daun!
“Aku
tahu apa yang kau nak,” bisik Zarul dengan lembut di telinganya.
Indah
menarik nafas panjang sebelum dilepaskan semula. Dia cuba menahan dirinya
daripada melakukan keganasan yang tidak dipintanya. Bersabar adalah jalan
terakhir. Lama kemudian, dia mengukir senyuman manja sambil berpaling memandang
Zarul di belakangnya.
Dia
bangun dari duduknya sambil kedua tangannya memaut leher Zarul. Senyuman
manjanya menjadikan Zarul bertindak liar dengan memegang kedua pinggangnya.
“Indah.
Aku terfikir adakah kau seindah nama kau?” soal Zarul dengan nada romantik.
Mungkin dengan suara inilah dia berjaya memikat gadis-gadis tadi mandi bersama
dengannya di dalam kolam renang.
“Kau
nak tahu?” soal Indah dengan lenggokkan yang menggoda.
Zarul
sekadar tersenyum. Indah mendekatkan badannya pada badan Zarul. Mulutnya mula
membisik sesuatu pada telinga Zarul sementara tangan Zarul mula merayap.
“Kau
pernah dengar tentang nage waza?”
bisik Indah di telinga Zarul.
“Show
me,” balas Zarul sambil tersenyum menjeling.
“As
you wish,” Indah tersenyum. Bertindak pantas, Indah mencapai tangan Zarul dan
dengan ilmu yang penuh di dada, dia melontar tubuh Zarul ke lantai seperti mana
ahli judo mengalahkan pihak lawannya.
“Itu
yang dinamakan nage waza iaitu salah satu teknik penting dalam judo,” ujar
Indah sambil tersenyum puas melihat Zarul mengerang kesakitan di lantai. “Dan
itulah yang makna nama aku. Indah. Kau hanya akan merasainya apabila ‘keindahan’
aku terserlah,” tambah Indah lagi dan mengemas semua barang-barangnya. Datang
ke rumah Zarul merupakan satu kesilapan besar. Tidak pasal-pasal dia terpaksa
menyerlahkan ‘keanggunannya’ di hadapan lelaki miang.
“Oh
ya, kalau kau fikir aku sama seperti gadis-gadis yang dalam kolam tadi, kau
patut fikirkan sekali lagi. Aku mungkin comel tapi aku bukan seperti gadis yang
kau pernah kenal sebelum ni,” ujar Indah lagi sebelum melangkah meninggalkan
Zarul yang masih lagi mengaduh kesakitan.
Tidak
lama selepas Indah pergi, Pak Cik Taha menghampiri Zarul dan membantu lelaki
itu duduk di kerusi. Pak Cik Taha menuangkan air masak untuk Zarul. Zarul
meneguknya tanpa banyak cakap.
“Dia
lulus,” Pak Cik Taha bersuara.
“Dan
berbahaya,” tambah Zarul sebelum menyambung menikmati makanan tengah harinya.
Pak Cik Taha sekadar mengukir senyuman di sebelahnya.
“Riana,”
panggil Indah sambil melangkah masuk ke dalam Kelab Buletin. Pulang sahaja dari
rumah Zarul, Indah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Riana. Baginya,
orang seperti Zarul perlu diajar secara halus.
“Hai,
seingat aku kau tak ada kuliah hari ni,” tegur Riana sambil menyelongkar almari
yang bersepah dengan pelbagai barangan yang sudah berhabuk di dalamnya.
“Kau
cari apa?” tanya Indah menjauhkan dirinya dari terkena habuk.
“Kamera.
Aku rasa aku letak dalam almari ni,” kata Riana masih lagi tercari-cari.
“Tak,
kau letakkan di atas meja kau,” kata Indah sambil menunjuk ke arah sebuah
kamera bersaiz sebesar tapak tangannya di atas meja Riana.
“Pelik.
Aku memang ingat aku letak dalam almari ni,” kata Riana menghampiri meja
kerjanya yang bersepah dengan kertas-kertas yang tidak berguna.
“Itu
rakaman CCTV universiti ni?” soal Indah apabila melihat rakaman itu di skrin
monitor komputer Riana. Riana menjawabnya dengan senyuman. “Dan kau mengintai
orang keluar masuk tandas?”
“Lebih
dan kurang. Tentang idea kau suruh
aku intip mak cik yang basuh tandas tu, ia bukan sekadar cerita kosong tapi
sebuah cerita yang hebat,” ujar Rania.
Indah
mengerut dahi.
“Pagi tadi semasa aku nak ke library, aku
lalu situ dan dapati mak cik pencuci tandas ni tengah bercakap dengan satu
pasangan kekasih. Aku nampak mereka bagi duit kat mak cik ni dan tak lama
selepas tu dia orang berdua masuk ke dalam tandas yang sama serentak. Teka apa
selanjutnya,” ujar Rania tersenyum sinis.
“Oh menjijikkan tapi lupakan sebentar
tentang tu. Aku ada berita yang lagi bagus dan lagi hangat yang perlu kau
dengar dan tulis.”
“Berita apa yang boleh kalahkan berita mak
cik pencuci tandas?”
“Sudah
semestinya. Aku ada berita yang sensasi yang wajib kau tulis. Wajib tu huruf
besar dan perlu ditebalkan dan kalau boleh diwarnakan dengan warna merah,” ujar
Indah sambil berlalu duduk di hadapan Riana.
“Bunyi
macam menarik. Okey, pasal apa?”
“Aku
nak kau tulis cerita tentang Zarul.”
“Biar aku teka. Kau nak aku tulis tentang
perangai Zarul yang amat menjengkelkan, kaki perempuan, buang duit mak bapak
dan bla bla bla?” teka Riana.
Indah mengangguk.
“Kau hanya membuang masa. Zarul merupakan
orang kuat dalam universiti ni. Malah, apa-apa yang berlaku pada dia, seseorang
itu akan terima yang kau takkan lupakan seumur hidup kau,” jelas Riana yang
tidak bersetuju dengan cadangan Indah itu.
“Aku ingat kelab buletin satu-satunya
tempat bergantung harap yang tak akan terpengaruh dengan kekayaan dan kuasa
yang dia ada.”
“Memang tapi setiap artikel yang nak
disiarkan dalam buletin mesti mendapatkan tandatangan Cik Zahira dahulu. Jadi,
memandangkan Cik Zahira dikategorikan sebagai sekutu Zarul, kau patut lupakan
dendam kau,” ujar Riana.
“Kau tak boleh buat langsung?” soal Indah.
“Indah, kau sekarang berlawan dgn buaya
darat yang bila-bila masa saja boleh makan orang. Buat pengetahuan kau, bukan
kau seorang saja yang pernah melancarkan perang dengan Zarul. Sebelum ini
terdapat lebih 10 orang cuba cari pasal dengan Zarul dan semuanya diakhiri
dengan kesemuanya dibuang universiti. Dia bagaikan ketua mafia di sini,” tambah
Riana lagi.
“Aku tak takut,” kata Indah dengan penuh
berani.
“Mereka yang pernah jadi mangsa Zarul
semua pernah cakap macam ni dan akhirnya, kau boleh tengok apa yang terjadi. Zarul
bukan orang yang mudah ditumbangkan. Lagipun, aku ada artikel yang lagi hebat
daripada berita Zarul. Sekarang, aku nak pergi buat intipan dan mendapatkan
beberapa bukti kukuh tentang skandal mak cik tandas tu. Pergi dulu,” kata Riana
sambil menutup komputernya. Sempat juga dia mencapai kameranya sebelum
meninggalkan bilik buletin.
“Tiada jalan lain,” keluh Indah yang
kebuntuan.
Melihat Hero melangkah masuk ke dalam
bilik Kelab Buletin, perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
“Aku tak suka dengan cara kau senyum,”
tegur Hero.
“Hero. Aku tahu cara untuk ubah kau jadi
seorang hero sejati sesuai dengan nama kau,” ujar Indah memulakan bicara. “Aku
nak kau tulis satu cerita untuk aku.”
“Berita atau cerita?”
“Berita dan cerita,” jawab Indah.
“Ini ada kena mengena dengan seseorang
yang dah pijak periuk api kau?” teka Hero.
“Lebih kurang....”
“Kalau macam tu, lupakan.”
“Kenapa?”
“Sebab aku tak pandai tulis berita
berkenaan dengan periuk api seseorang tapi hanya pandai tulis cerita. Kalau kau
nak aku masukkan watak si pemijak periuk api kau dalam karya aku seterusnya,
apa salahnya. Tapi buat masa sekarang, aku ada hal.”
“Hal apa sampai...,” Indah menyedari kehadiran Haslina di muka pintu
bilik Kelab Buletin.
“Hai, Indah.” sapa Haslina.
“Hai,” balas Indah yang kemudiannya
memandang ke arah Hero yang mengambil beberapa buah buku yang terletak di atas
meja tadi.
“Kami ada assignment yang perlu disiapkan
dalam lab hari ni,” jawab Hero tanpa ditanya oleh Indah. Dia tahu apakah yang
ingin ditanya oleh Indah.
“Ya?” soal Indah sambil tersenyum.
“Hentikan apa yang kau sedang fikir
sekarang,” ujar Hero separuh berbisik sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
“Malangnya, aku tengah fikir macam mana
nak jatuhkan si Prince Charming segala alam,” keluh Indah yang kini tinggal
seorang diri di dalam bilik itu. Komputer yang telah uzur yang diletakkan di
atas meja Hero itu dipandang.
“Aku dah berjanji tak akan sentuh komputer
dan menulis sebarang artikel atau berita,” ujar Indah apabila merasakan seperti
komputer di hadapannya itu seperti melambai-lambai supaya menggunakan ia.
Komputer itu direnungnya. Lama.
“Okey, hanya untuk kali ni. Aku janji
selepas ni, tiada lagi artikel khas dari Indah,” katanya sambil duduk di
hadapan komputer itu.
Misi untuk menjatuhkan Prince Charming
baru saja bermula!





4 komen:
nak lagiii...
mcm x cukup aja entry kali ni..
hehehe
menarik cpt sambung akk
Waa bestnyaa... smbg lg yer..
bila nak bukukan jadi novel btl??
Catat Ulasan